Projek Ubahsuai : Serangan Azmin Umpama Senjata Makan Tuan


Datuk Dr Hasan Mohamad Ali hari ini mendakwa banyak projek pengubahsuaian dilakukan oleh anak-anak syarikat dan jabatan kerajaan negeri Selangor sejak Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerajui negeri itu pada 2008.

Berikutan itu, bekas anggota Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu meminta Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat siasatan menyeluruh untuk mengetahui kos dibelanjakan bagi membiayai kesemua projek berkenaan.

Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berkata langkah itu juga selaras dengan ketelusan yang sering dilaungkan oleh Abdul Khalid.

“Kalau nak ketulasan, buat kajian menyeluruh untuk kita paparkan kepada masyarakat, betulkah kita telus, berintegriti dan amanah?,” katanya pada sidang media di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail, Damansara di sini.

Beliau mengulas tuduhan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bahawa pengubahsuaian pejabat Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, melibatkan kos RM300,000.

Hassan menjelaskan pengubahsuaian pejabatnya bertujuan menampung pegawai dan kakitangannya sebagai exco termasuk kakitangan Skim Mikro Kredit Selangor yang seramai 19 orang.

Kos itu sudah mendapat kelulusan exco dan kerajaan negeri, malah lebih rendah jika dibandingkan dengan kos pengubahsuaian pejabat Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar; serta Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali, katanya.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    9:06 AM

    padan muka azmin ni. sebelum tempelak orang tengok diri sendiri. dia tak perasan ke saham dan harta dia yang banyk tu boleh buat orang musykil dari mana sumbernya. Azmin Allah itu maha adil. ko akan rasa keadilan-Nya.

Post a Comment