Gagasan Anti penyelwengan Selangor (GAPS) hari
ini mempersoalkan matlamat sebenarnya pentadbiran kerajaan DAP, PKR dan Pas
Selangor? Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab untuk membela rakyat
Selangor atau menjalankan tugas dengan penyelewengan.
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, dari hari pertama tan Sri Khalid Ibrahim
menjadi Menteri Besar hingga ke hari ini, Selangor tidak pernah kering dari
dilanda pelbagai isu dan skandal. Rakyat masih ingat bagaimana isu pembinaan
ladang babi moden yang dicadangkan dilaksanakan di Sepang dengan menjadikan
matlamat Selangor sebagai pengeluar babi yang utama di rantau ini.
“Yang terbaru adalah berita benar Ketua Penerangan Kerajaan Negeri
Selangor yang akan berhadapan dengan tuduhan berkhalwat di Mahkamah Syariah
Pahang apabila ditemui berada disebuah bilik hotel bersama dengan bini orang
pada pukul 2.30 pagi baru-baru ini.
Skandal Pasir, skandal Yayasan Selangor, skandal PKNS, skandal
PKPS adalah antara barisan isu yang masih menjadi tandatanya kepada rakyat
sehingga ke hari ini,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Dalam masa yang sama, YB ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafie yang
digelar pengundinya sebagai ‘Raja Pasir’ dalam kenyataannya mendesak agar Datuk
Seri Noh Omar Timbalan Pengerusi BN Selangor berdebat dengan beliau berkenaan
isu pasir.
“Untuk apa debat ini? Untuk selesaikan isu pasir dan penyelewengan
lain atau untuk terus berpolemik dalam kerangka politiking yang tiada batas yang
semakin jelek dilihat rakyat. GAPS yang pernah dicela oleh Suhaimi dalam
sidang-sidang DUN yang lalu ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas
kedangkalan ahli Yang Berhormat ini.
Cadangan GAPS adalah Khalid Ibrahim wajar menubuhkan sebuah
Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat skandal-skandal Pasir, Pkns, Yayasan
Selangor, Pkps, kontrak sampah, skandal Anti Perlantikan SUK Selangor dan
skandal seks yang melibatkan Exconya, Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri dan
Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor.
Setidak-tidaknya Khalid Ibrahim wajar punyai inisiatif untuk
membentangkan Kertas Putih Skandal Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor dalam
sidang DUN yang akan datang, bagi membersihkan kerajaan pimpinannya dari
cemuhan rakyat selepas dia bergelar Bekas Menteri Besar Selangor selepas PRU 13
ini,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor.
0 Komen