VIDEO: Malaysia Ulangi Pendirian Tidak Pernah Jalin Hubungan Diplomatik Dengan Israel



Malaysia tidak pernah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel dan dasar itu jelas serta tidak berubah sejak dulu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga secara konsisten menyatakan kebimbangan serta mengutuk serangan dan pencerobohan Israel di wilayah yang diduduki rakyat Palestin, selain penempatan haram mereka di Tebing Barat.

“Sebagai negara yang prihatin dan bersimpati terhadap nasib malang Palestin, Malaysia telah dan akan terus memberi sokongan dari segi sosial, politik dan ekonomi kepada Palestin. Ini termasuk bantuan kewangan dan kemanusiaan menerusi bantuan pembangunan semula di Gaza dan Tebing Barat.

“Malaysia juga beri latihan kepada Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) serta bantuan yang dihulur oleh badan-badan bukan kerajaan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) yang mahu tahu sumbangan yang telah diusahakan kerajaan Malaysia terhadap Palestin selama ini, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Anifah dalam jawapannya turut mengaitkan jawapannya dengan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sokongannya terhadap keselamatan Israel dalam Wall Street Journal yang disiarkan Januari lalu.



Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment