Bersih Satu Agenda Fahaman Liberalisme Baru- Jais Sarday


Bersih merupakan salah satu agenda dalam fahaman liberalisme baru, yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim melalui bekas Presiden Majlis Peguam dn pejuang seksualiti merdeka, Datuk Ambiga.

Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Jais Sarday berkata,  fahaman ini adalah fahaman dan pemikiran yang berasaskan hak asasi manusia yang tidak berlandaskan nilai-nilai agama dan budaya sesuatu bangsa.

“Mereka berbuat dan bertindak sesuatu ikut suka dan apa yg terlintas dlm hati mereka.., mereka memang tidak mahu ikut peraturan, buktinya  walaupun dijanjikan 'duduk dan bantah', tapi hakikatnya mereka tidak boleh kawal perasaan dan nafsu, akhirnya merosakkan harta benda.

Perjuangan secara nyata LBGT pun antara yang terkandung dalam liberalisma baru, sedangkan LBGT berlawanan dalam ajaran semua agama dan budaya, kalau semua rakyat mempunyai kefahaman ini, maka negara tidak dapat menguatkuasa sebarang peraturan dan akan jadi tidak aman,” ujarnya yang juga ADUN Mahkota, Kluang.

Tambahnya, rakyat akan berbuat sesuatu mengikut 'suka hati' mereka dan tidak menghormati hak org lain. Bersih juga sebenarnya agenda barat utk melemahkan umat Islam.

Malaysia adalah sebuah negara Islam contoh dan maju dalam dunia, kita telah terbukti, walaupun negara dipimpin oleh orang Islam, agama rasmi pun Islam, tapi kita juga menjaga kepentingan dan kebajikan orang bukan Islam.

Mereka boleh bersekolah ikut bahasa ibunda dan mengamalkan agama masing-tanpa tanpa gangguan, orang Barat tidak boleh terima keadaan ini kerana selama ini mereka gambarkan Islam itu pengganas oleh itu, mereka tanamkan fahaman liberalisme atas nama hak asasi manusia supaya orang-orang Islam berpecah
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    5:38 AM

    I've been surfing online more thqn three hours as of late, yet I bby no means discovered
    any attention-grabbing article like yours. It's lovely value sufficient for me.
    In my view, if all site owner annd bloggers made good content as
    you did, the net will likely be a lot more helpful than ever before.


    Check out my page; link vao m88

Post a Comment