Barisan Nasional
Selangor memandang serius usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan
berjanji untuk terus berkhidmat kepada rakyat berdasarkan slogan Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang digagaskan oleh Perdana Menteri Dato’
Sri Najib Razak.
Sehubungan
dengan itu, pihak Barisan Nasional Selangor, mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat
Barisan Nasional atau PAKAR bagi tujuan komunikasi dan ‘services’ antara pihak
parti dengan Rakyat. Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional menyediakan
kakitangan sepenuh masa yang akan berkhidmat menerima sebarang aduan atau pun
permasalahan daripada rakyat.
Koordinator
BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, rakyat Selangor boleh menghubungi Talian PAKAR di nombor 1-300-22-2626 pada
bila-bila masa. Pihak Barisan Nasional akan berusaha untuk menjadi
penghubung antara Rakyat dan pihak agensi yang bertanggungjawab ke atas masalah
yang dilaporkan. Pusat khidmat ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang
setiap hari Isnin hingga Jumaat.
“Kewujudan
Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional secara talian ini juga menunjukkan
komitmen BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan lebih mesra rakyat.
Selepas ini, jika rakyat rasa sukar untuk menghubungi mana-mana Wakil Rakyat
Barisan Nasional, maka mereka boleh terus menghubungi Talian PAKAR dan pihak BN
Selangor akan memastikan YB Wakil Rakyat tersebut berhubung terus dengan rakyat
yang menghadapi masalah.
Selain
menalefon untuk melaporkan masalah yang melibatkan kepentingan awam seperti
masalah sampah, masalah banjir, masalah alam sekitar yang tidak dikendalikan
dengan baik oleh Kerajaan PR Selangor, Rakyat Selangor juga boleh menelefon
Pusat Khidmat Rakyat Barisan NAsional untuk mendapatkan maklumat mengenai
produk-produk Barisan Nasional seperti B1RM, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia
dan sebagainya. Pusat Khidmat ini boleh lah diandaikan sebagai ‘one stop
centre’ untuk rakyat Selangor mendapatkan maklumat,” ujarnya kepada pemberita
dalam sidang media sebentar tadi.
Tambahnya,
selain menerima panggilan dari Rakyat, Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional
juga akan membuat panggilan kepada rakyat berdasarkan number telefon yang
didapati daripada pihak Jentera BN sendiri melalui kajian rambang dan aktiviti
di kawasan masing-masing.
“Pusat
Khidmat Rakyat Barisan Nasional ini bukan sahaja akan digunakan sebagai salah
satu medium untuk berkempen, tetapi juga akan terus dikekalkan sehingga selepas
Pilihan Raya ke-13 serta menjadi medium untuk Rakyat berhubung dengan pihak
Parti. Inisiatif
ini membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak sekadar bercakap kosong tetapi
membuktikan setiap kata-kata dan janji yang di ucapkan oleh pemimpin tertinggi.
Barisan Nasional akan terus berkhidmat kepada Rakyat Selangor tanpa mengira
kaum, agama mahupun parti politik. Langkah mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat
Barisan Nasional ini merupakan satu langkah kehadapan dan bukti bahawa Barisan
Nasional serius ingin berkhidmat kepada Rakyat Selangor,” ujarnya yang juga
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.
0 Komen