Pemimpin pakatan pembangkang memang terkenal dengan janji-janji
manis sehingga sanggup menjanjikan apa sahaja asalkan mendapat undi daripada
Rakyat. Perkara ini terbukti bukan sahaja sekarang ini malah sejak dahulu lagi.
Bukti paling nyata adalah manifesto pakatan pembangkang Negeri Selangor pada
PRU 2008 sebelum ini.
Jika janji yang termaktub dalam manifesto pun boleh
dimungkiri, inikan pula janji mulut manis pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak
pernah jujur.
Koordinator
BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, pada Pilihanraya Umum 2008, Pihak PKR dan PAS
telah berjanji akan mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan
cukai premis komersial sebanyak 10%. Perkara ini bukan hanya dijaja di
ceramah-ceramah mereka malah dicetak sebagai salah satu manifesto janji mereka
jika berjaya mentadbir Negeri Selangor. Hasil dari penipuan dan janji palsu
ini, mereka berjaya memerintah negeri Selangor.
“Alhamdulillah,
rakyat Selangor tidak perlukan masa yang lama untuk melihat penipuan pemimpin pakatan
pembangkang satu demi satu. Pelbagai kepincangan berlaku dan pemimpin
ketiga-tiga parti ini mengaku bersama dalam semua hal, hakikatnya, mereka ini
seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
Seawal
sebulan selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor, MB Khalid Ibrahim membuat
pengumuman bahawa janji untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan cukai premis
komersial tidak dapat dilaksanakan. Belum pun sampai sebulan memerintah, janji
manifesto terpaksa ditarik balik. Inilah namanya pemimpin yang hanya berjanji
untuk meraih undi tanpa mengira hakikat sebenar ekonomi,” ujarnya kepada
wartawan di Ibu Pejabat BN Negeri Selangor, sebentar tadi.
Sehingga
sekarang, janji pakatan untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan premis
komersial masih belum terlaksana. Jikapun ada nada pengumuman yang dibuat
menjelang Pilihanraya nanti, sedarlah rakyat Selangor, ini hanyalah janji-janji
palsu untuk meraih undi rakyat Selangor semata-mata.
“Bukan
sahaja cukai tidak diturunkan, malah kita juga difahamkan bahawa cukai dan
premium tanah turut dinaikkan. Saya sendiri menerima banyak aduan dari rakyat
Selangor berbilang kaum mengenai isu cukai dan premium tanah yang semakin
meningkat. Selain itu, kami juga menerima maklumat dari rakyat Selangor bahawa
cukai yang perlu dibayar sekarang ini meningkat sehingga lebih 100% dan
mengikut harga pasaran.
Ramai
rakyat Selangor yang tidak berpuas hati dan berasa tertipu dengan janji
manifesto Pakatan Rakyat. Soalnya, adakah kita akan sekali lagi tertipu dan
mempercayai setiap apa yang dijanjikan oleh mereka? Hakikatnya, kemenangan
mereka di Selangor merupakan pengajaran paling berguna kepada seluruh Rakyat
Selangor,” ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor.
Tambahnya,
rakyat Selangor tanpa mengira kaum berasa tertipu akibat isu melibatkan cukai
pintu kediaman dan premis komersial sehingga ada yang terpaksa disita akibat
beban cukai yang terlaku tinggi.
Ketika
zaman Barisan Nasional memerintah, kerajaan Barisan Nasional masih lagi
menerima rayuan dan memberikan diskaun untuk kes-kes tertentu. Apa yang
dikesalkan, sehingga hari ini, pemimpin Pakatan Rakyat masih lagi menaburkan
janji-janji manis yang tidak mampu mereka laksanakan.
“Saya
percaya, Rakyat Selangor sememangnya lebih bijak untuk menilai janji-janji yang
ditaburkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Di pihak Barisan Nasional, kami mengakui
terdapat kelemahan sebelum ini, namun kami sedia mengakui kelemahan itu dan
memohon maaf serta memperbaikinya sebaik mungkin. Kerajaan Barisan Nasional
sebelum ini tidak pernah menyusahkan rakyat walaupun dituduh dengan pelbagai
tomahan. Tetapi tohmahan yang dilemparkan tidak melibatkan kesusahan hidup
rakyat. Namun kerajaan Pakatan Rakyat secara langsung memberi bencana kepada
rakyat contohnya dalam isu melibatkan pengurusan sampah dan pengurusan saliran
sehingga menyebabkan berlakunya banjir.
Pada
Pilihanraya Umum akan datang, saya berharap agar Rakyat Selangor menggunakan
pertimbangan yang paling wajar untuk membuat keputusan. Cukuplah sudah lebih
empat tahun (1,460 hari) kita berada dalam kesusahan. Berjanji sekadar untuk
meraih undi bukanlah satu sikap yang bertanggungjawab sebagai pemimpin malah
memungkiri janji isu sendiri adalah sifat munafik,” tambahnya.
11:23 PM
chehetava Owen Daniels Jersey
Kareem Jackson Jersey
Torrey Smith Jersey
unanneffikill