PTPTN: Pemuda UMNO bidas Kerajaan Selangor


Pergerakan Pemuda UMNO membidas Kerajaan Negeri Selangor kerana tidak bersungguh-sungguh melaksanakan pendi­dikan percuma kepada rakyat negeri ini apabila tidak mahu memansuhkan pinjaman Pelajaran Negeri Selangor (SUK).

Setiausaha Pemuda UMNO Selangor, Zurihan Yusof berkata, Selangor yang diterajui pakatan pembangkang perlu membuktikan bahawa mereka boleh memberi pendidikan percuma apabila mendesak Kerajaan Pusat memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Katanya, isu menghapuskan PTPTN dan menggantikan dengan pendidikan percuma hingga ke universiti adalah satu lagi taktik kotor pembangkang untuk menarik sokongan muda terutama mahasiswa di institusi pengajian tinggi.

“Selangor boleh mula dulu (memberi pendidikan percuma). Kalau negeri ini boleh buat, tentu Kerajaan Pusat tidak ada masalah untuk memansuhkan PTPTN. Kalau itu pun dia tak boleh buat, ternyata pakatan pembangkang cakap tidak se­rupa bikin dan hanya mema­nipulasi isu untuk menarik sokongan muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Exco Selangor, Dr Halimah Ali bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak berhasrat untuk memansuhkan pinjaman Pelajaran Negeri Selangor (SUK).

Halimah sebelum itu mengulas desakan bekas pelajar yang mahu pinjaman itu ditukar kepada biasiswa selaras dengan desakan pembangkang untuk menghapuskan pinjaman PTPTN dan jika mahu menjaga kebajikan rakyat.

Zurihan yang juga Ketua Pemuda UMNO Kuala Langat berkata, alasan Halimah bahawa pinjaman Pelajaran Negeri Selangor (SUK) tidak mengenakan faedah juga dangkal kerana PTPTN juga tidak ada bayaran faedah, sebaliknya kos pengurusan.

“Ternyata tidak ada beza antara PTPTN dan pinjaman Pelajaran Negeri Selangor (SUK). Oleh itu Kerajaan Selangor perlu memansuhkan pinjaman itu kerana membebankan pelajar yang memin­jam untuk membayar balik,” katanya.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. nak bagi pendidikan percuma?

    Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) pun dia tutup sebab tak untung. Tanah Yayasan Basmi Kemiskinan pun dia kacau. Asrama anak-anak yatim pun dia nak jual. Nak bagi pendidikan percuma?

    Kot nanti bila perintah NEGARA, sekolah bantuan penuh pun lingkup kononnya negara ini negara maju bukannya negara peminta sedekah. (atau terpaksa bayar balik dana asing yang mencurah-curah untuk berkempen?) kih kih kih

Post a Comment