Tindakan Tegas Terhadap Pemimpin Biadap


Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemimpin pembangkang yang berkelakuan biadab termasuk disenarai hitam Unit Protokol Jabatan Perdana Menteri daripada menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan, tegas Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.

Beliau berkata, tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang didakwa mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Rabu lalu langsung tidak bertamadun dan kebudak-budakan.

Sebagai seorang pemimpin, kata Sohaimi, mereka perlu menuntukkan sikap yang baik dengan menghormati institusi Raja Berperlembagaan, menjaga kelakuan dan kawal tingkah laku.

“Mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam majlis itu kerana jika sikap mereka sebagai pemimpin memalukan, bagaimana pula sikap ahli mereka. Mereka seharusnya menghormati pemimpin negara dan tetamu yang hadir,” katanya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Dr Rahman Kadir dalam sebuah blog yang mendakwa berada berhampiran beberapa Ahli Parlimen pembangkang sebelum mendengar perbualan­ mereka yang mempersendakan pemimpin negara dan raja-raja Melayu.

Sohaimi yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang berkata, ini bukan kali pertama pemimpin pembangkang berkelakuan biadab kepada sultan dan raja Melayu serta langsung tidak menghormati pemimpin negara.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

4 Komen

  1. Anonymous
    5:39 PM

    ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS.
    ACTION
    ACTION
    ACTION.
    AS LONG AS NO ACTION IS TAKEN THESE IDIOTS WILL CONTINUE WITH THEIR DISRESPECTFUL ACTIONS.
    MEREKA MEMANG BIADAB.

  2. Anonymous
    7:51 PM

    Malas nk komen citer raja ni.bila melayu buat bukan main lagi...bila bukan melayu kutuk bole pulakk.Singh yg paling minority dlm Malaysia ni kutuk pun tk da tindakan....yg best org melayu pun rilek jr....tk terkesan pun kalau raja dipersendakan......pilot kn la sendiri

Post a Comment