UMNO Bahagian Cheras Buka Pintu Kepada Golongan Profesional


UMNO Bahagian Cheras mempelawa golongan profesional Melayu menyertai parti menerusi bahagian itu tanpa sebarang syarat atau sekatan, kata ketuanya Datuk Wira Syed Ali Alhabshee hari ini.
           
"Saya bersikap terbuka dalam perkara ini dan pintu UMNO Bahagian Cheras sentiasa terbuka untuk golongan profesional Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga UMNO Cawangan Jalan Baiduri di Kelab Darul Ehsan di sini.

Beliau berkata adalah baik sekiranya golongan profesional diberi peluang untuk bersama-sama menyumbang tenaga dan fikiran mereka dalam memajukan parti.

Ditanya tentang saranan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini supaya golongan profesional daripada luar UMNO dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya umum akan datang, Syed Ali berkata beliau menyokong cadangan itu.

Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO memerlukan lebih ramai golongan profesional untuk diketengahkan sebagai calon bagi memenuhi citarasa pengundi yang majoritinya adalah golongan muda, katanya.

Beliau berkata, pihak pembangkang juga turut mengetengahkan calon-calon daripada golongan muda profesional sepertimana yang pernah mereka lakukan pada pilihan raya umum 2008.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment