UMNO Selangor menyifatkan Pakatan Pembangkang yang memerintah Selangor tidak
mempamerkan kesungguhan mereka untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan terbaik
untuk rakyat sebuah negeri maju, seperti Selangor, kata Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar.
Sebelum 2008 Barisan Nasional menjalankan dasar membela rakyat
sewaktu memerintah tetapi apabila Pakatan Pembangkang memerintah mereka lebih
cenderung kepada berpolitik dari menumpukan kepada soal perkhidmatan atau
pembangunan, katanya.
Ini termasuk dalam isu pengurusan sisa pepejal dan pelantikan
ahli-ahli majlis di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kata Noh.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas menyertai
kayuhan basikal bersama Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
di sini hari ini sempena Karnival Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Tanjong Karang.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata antara
musibah diterima rakyat Selangor sempena empat tahun Pakatan Pembangkang
memerintah ialah banjir kilat yang melanda Ampang, dan Hulu Langat awal bulan
ini dan Jumaat lepas di bandar Klang.
"Salah satu sebab saya percaya longkang dan sistem pengairan
tidak diselenggara dengan baik. Sistem (pungutan) sampah kita dah buat elok dah,
tapi nak buat cara sendiri sanggup beli lori 50 buah guna duit rakyat
balik," katanya.
0 Komen