Bekas penjaga gol kebangsaan Khairul Azman Mohamed hari ini menyerahkan borang
menyertai UMNO menerusi cawangan Penampang.
Borang keanggotaan penjaga gawang skuad bola sepak Sabah itu
diserahkan kepada Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan UMNO negeri Senator
Datuk Kadzim Yahya di Bangunan UMNO di sini.
Khairul berkata beliau memilih untuk mengikut jejak langkah arwah
ayahnya Datuk Dr Mohamed Taib yang merupakan Anggota Parlimen Kuantan yang
pertama sekitar lewat tahun 60-an, bagi meneruskan perjuangan dalam UMNO.
"Saya sebenarnya sudah lama mahu menyertai UMNO tetapi masa
tidak mengizinkan kerana saya begitu aktif dalam sukan bola sepak. Hanya
apabila saya 'pencen' barulah saya mengambil keputusan untuk menyertai UMNO," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan
borang keanggotaan itu.
Sementara itu, Kadzim berkata kemasukan bekas bintang bola sepak
kebangsaan itu menunjukkan bahawa UMNO kini diterima oleh semua pihak termasuk
ahli sukan, dan berharap lebih ramai lagi ahli sukan negeri menyertai Umno.
Beliau berkata setakat 31 Dis lepas, UMNO Sabah mempunyai 496,500
anggota, sekali gus menunjukkan UMNO kini semakin kukuh di negeri itu.
10:32 PM
kenapa di Sabah ye ?
2:57 AM
Kahwin ngan orang Sabah bah..