Anwar Maki-Hamun Pemuda UMNO Punca Kecoh - Sazali


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai mendakwa kata-kata berbentuk menghina yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah merupakan punca berlakunya kekecohan di perkarangan Pangsapuri Pantai Permai, malam semalam.

Ketua Pemudanya, Datuk Mohamad Sazali Kamilan berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikatakan sengaja mencetuskan provokasi dengan melemparkan kata-kata nista supaya mereka yang menghadiri ceramah Ummi Hafilda Ali bertindak balas.

Beliau berkata, sungguhpun begitu pihaknya tidak segera bertindak sehinggalah tiba-tiba berlaku tindakan membaling beberapa objek keras oleh pihak yang tidak dapat dipastikan.

``Akibatnya seorang ahli Pemuda UMNO tercedera di kepala. Saya tidak mahu menuduh siapa yang memulakan kekecohan ini dan siapa yang membaling. Mustahil orang UMNO baling kepada orang UMNO sendiri.

``Ketika itu mangsa sedang duduk mendengar ceramah (Ummi Hafilda). Mangsa kemudian telah dikejarkan ke klinik berhampiran oleh jawatankuasa penganjur dan dimaklumkan mangsa menerima enam jahitan,’’ katanya di Rumah Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Penerangan UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ibrahim Tamby Chik.

Beliau mengulas kekecohan ketika berlangsungnya sesi ceramah Anwar dan Ummi Hafilda Ali yang diadakan sebelah menyebelah di perkarangan Pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam, malam semalam.

Akibatnya, dua lelaki yang hadir untuk mendengar sesi ceramah iaitu masing-masing seorang penyokong pembangkang dan seorang lagi penyokong kerajaan cedera di kepala selepas terkena balingan batu daripada kedua-dua belah pihak.

Ceramah Anwar dianjurkan oleh PKR Lembah Pantai manakala ceramah Ummi Hafilda dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Muslim.

Mohamad Sazali berkata, selain menghina, Anwar terus melakukan provokasi melalui kata-katanya yang berbentuk maki hamun hingga keluar perkataan Pemuda UMNO sial dan Pemuda UMNO celaka.

``Pemuda UMNO Lembah Pantai menyelar kenyataan terbuka Anwar yang melaungkan perkataan Pemuda UMNO sial, Pemuda UMNO anjing dan Pemuda UMNO bodoh.

``Kami menuntut Anwar memohon maaf secara terbuka,’’ ujarnya.

Ibrahim ketika memberi reaksi terhadap isu sama berkata, UMNO tidak pernah mengajar ahli-ahlinya melakukan keganasan, tidak seperti pihak pembangkang.

``Sikap suka memprovokasi dan bertindak ganas adalah sikap pihak pembangkang. Buktinya, semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 peserta perhimpunan tersebut telah mencaci dan menyerang anggota polis, wartawan serta merosakkan harta awam.

``Berbanding dengan UMNO. UMNO tidak pernah menganjurkan ahli-ahlinya untuk bertindak liar apatah lagi bersikap kurang ajar. UMNO sentiasa menitikberatkan sikap hormat-menghormati dan mengamalkan demokrasi dalam politik sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan,’’ ujarnya.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

5 Komen

  1. Anonymous
    9:33 PM

    Jangan terperangkap permainan Anwar yg sengaja memaki maki...untuk menghilangkan inferior complex dan rasa hina apabila berhadapan dgn ceramah UMMI....dulu dia lari banyak kali...mati akal...Tapi sekarang dia tak bolih lari lagi sebab banyak orang / rakan dah rungut .. ada yg dah lari dari dia... ada yg dah naik malu dan bengong... Jadi terpaksa dia hadir juga...tapi otak terkedu...lalu nak hilangkan lidah terkedu sebab tak de issue terpaksalah maki memaki aje..tapi takde isi...
    Nasihat pada setiap orang atau pejuang kebenaran...Kalau nak dengar Anwar bercakap ..bacalah surah An Nas dan selawat atas Nabi...minta jauhi dari disihir... baru nampak kebenaran..mulai lah sekarang...baru kita tau siapa benar siapa batil

  2. Anonymous
    9:39 PM

    buat Pasar Malam depan rumah si musibat ni plak

    jual bontot ayam goreng...sup bontot kambing...bontot lembu masak asam...bontot saiful ooopppssss sori...bontot babi pakai omega

    jual lah apa2 yang patut...DVD China Doll pun bleh jual

  3. Anonymous
    10:32 PM

    bodo nye anwar...nk maki hamun pemuda umno...dl die gak yg jd ketua pemuda...melalui pemuda umno gak die terkenal....dasar xtau kenang budi....

Post a Comment