BN Melaka Cabar Ketua Wanita MCA Melaka Letak Jawatan



Sumber: MalaysianView

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam hari ini mencabar Ketua Wanita MCA Negeri Melaka, Datuk Kian Sit Har untuk meletakkan jawatannya secara sukarela,  

Dalam masa yang sama, beliau tidak akan mempengaruhi MCA memecat Datuk Kian Sit Har daripada parti itu kerana terbabit dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan, Bandaraya Melaka, minggu lalu sebaliknya meminta Datuk Kian Sit Har itu secara sukarela meletakkan jawatan secara terhormat atas perbuatan yang ternyata mencemarkan nama baik parti.

“Kita tak kisah kalau dia mahu menyertai parti pembangkang, tapi saya rasa dengan sikapnya sebegini bukan sahaja memberi bebanan kepada Barisan Nasional, malah partinya, MCA akan turut terbeban dengan sikap pentingkan dirinya tersebut. Malah, sekarang dia tiada lagi sokongan,” beliau berkata demikian selepas merasmikan Kelab Sahabat Media Melaka Kini dan Seminar Dr. Spin bersama Blogger 1Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, biarlah Datuk Kian Sit Har meletakkan jawatan secara sukarela, tak perlu pecat orang yang menjadi bebanan kepada BN dan MCA ini.

“Saya yakin, dia memang mahu dipecat kerana mahukan publisiti murahan. Namun difahamkan bahawa beliau telah dipecat sebagai ahli MUBARAK atas tindakannya tersebut,” tambahnya yang juga pengerusi BN Melaka.

Datuk Seri Ali Rustam menegaskan bahawa media baru memainkan peranan penting bagi kebenaran didedahkan melalui laporan-laporan yang bertanggungjawab.

Ujarnya, kecanggihan teknologi maklumat hari ini telah merubah banyak aspek kehidupan, teknologi ini telah berkembang pesat.

“Perkembangan ini tentunya mempunyai hubungan dengan media samaada media elektronik atau media cetak. Media turut memainkan peranan dalam mengimbangi keberkesanan dasar kerajaan. Pemaparan isu-isu dan berita-berita yang tepat, benar dan bertanggungjawab penting dalam proses ini,” ujarnya yang turut mengharapkan bantuan dari sahabat-sahabat blogger dan pejuang alam maya untuk mempromosikan keindahan dan kecantikan negeri Melaka hasil kejayaan dan keberkesanan kejayaan pimpinan kerajaan BN di Melaka.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

4 Komen

Post a Comment