LOMBOK: "Perasaan di dalam hati ini bercampur baur antara
gembira,sedih dan teruja. Rindu nak jumpa keluarga yang hampir lima tahun saya
tinggalkan namun pada masa sama kasihankan anak yang terpaksa berjauhan untuk
satu tempoh yang belum diketahui.
"Tapi saya harap suami akan membawa jantung hati saya itu secepat mungkin supaya kami dapat bersama-sama membina kehidupan baru di kampung," kata Suriani Abdul Wahab, 21, rakyat Malaysia yang dilarikan dan berkahwin dengan pemuda Lombok.
Dia meluahkan hasrat itu selepas disahkan dapat pulang ke tanah air lewat petang semalam hasil usaha Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dengan kerjasama Imigrasi Indonesia sejak tiga bulan lalu.
Bagaimanapun, suami dan anak kesayangannya tidak dapat ikut
bersama kerana masalah dokumen perjalanan suaminya masih belum diperolehi
selain surat nikah dan tahap kesihatan ibu mentuanya yang semakin uzur sejak
kebelakangan ini.
Suriani berkata, keadaan itu membuatkan dia serba salah untuk meninggalkan anak tunggalnya kerana sebelum ini dia tidak pernah berenggang dengan Ismadani, 3 hasil perkahwinannya bersama suami, Madon Aban.
"Walaupun begitu, saya juga harus faham betapa keluarga di Malaysia juga merindui dan mengharapkan saya pulang segera. Saya faham keadan itu kerana saya juga seorang ibu. Insya-allah, suami akan ikut serta selepas ini dan bekerja di sana," katanya ketika dikunjungi Setiausaha Agung KP1M, Abdul Khalid Chairul di Kampung Orong, Lombok Barat semalam.
Suriani yang kini fasih berbahasa Sasak, dilarikan ke pulau
berkenaan pada Oktober 2008 menerusi laluan Johor Bahru ke Batam dan
kemudiannya terus ke Tanjung Pinang untuk sampai di Surabaya.
Selepas itu, dia menaiki pesawat untuk sampai di Mataram dan bernikah
dengan Madon tiga hari selepas tiba di Lombok.
Katanya, dia bahagia dapat mendirikan rumahtangga bersama suami
selepas tiga tahun menyulam cinta ketika tinggal bersama ibu bapa di Kampung
Ulu Bakai, Baling Kedah dan hidup mereka diserikan dengan kehadiran Ismadani
tidak lama selepas itu.
Menurutnya, dia tidak kekok untuk berkomunikasi dengan keluarga mentuanya kerana mereka menerima dirinya seadanya malah jiran terdekat turut rapat dengannya menyebabkan dia selesa menjadi orang Lombok.
Namun begitu, sebagai anak, dia tidak pernah sama sekali melupakan
kedua orang tuanya dan sering berhubung menerusi telefon terutamanya kakaknya
Nursyakila untuk bertanyakan khabar sanak saudara yang lain.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden KP1M, Datuk
Abdul Azeez Abdul Rahim kerana berusaha untuk membawa saya pulang. Saya akui, kekangan kewangan menyebabkan saya
tidak dapat menyediakan dokumen untuk balik kampung bertemu keluarga.
"Bila balik nanti, saya ingin menyediakan makanan tradisional
Lombok iaitu pelecing untuk keluarga di kampung. Saya belajar daripada emak
mentua selepas lima bulan menetap di Kampung Orong," katanya yang juga
seorang suri rumah.
Suriani disahkan mendapat kebenaran untuk pulang ke tanah air hanya beberapa jam sebelum pesawat dijadual berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali selepas pegawai Imigrasi hadir menyerahkan surat pelepasan serta pasportnya.
10:13 PM
Keneally tgk gak keluarga perempuan tu, Ada masalah ke tidak sebab Ada yg lari sebab keluarga yg bermasalah juga
10:14 PM
Keneally silap tu .... Patutnya kena .....