Polis mengesahkan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Khalid Mohd Ismath, 22, yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam rusuhan
semasa perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di ibu
negara, pada 28 April lalu hari ini dibebaskan dengan jaminan polis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairy
Ahrasa berkata Khalid dibebaskan kira-kira pukul 11 pagi tadi di Ibu
Pejabat Polis
Daerah Cheras.
Pelajar itu disiasat kerana didakwa melakukan kekacauan dan
rusuhan yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta awam.
"Pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan bagi
proses tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap Khalid dalam tempoh
terdekat," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata polis sudah selesai menjalankan siasatan ke atas
laporan terhadap Khalid membabitkan kejadian menendang anggota polis trafik
serta melakukan rempuhan ke atas polis semasa perhimpunan itu.
Beliau menambah siasatan berhubung dakwaan Khalid mengeluarkan
kenyataan ugutan kerana 'ingin membunuh polis' di dalam laman sosial Facebook
miliknya akan disiasat oleh Polis Kontinjen Selangor.
Sementara itu, Khairy berkata sehingga semalam 91 individu yang
gambar
mereka disiarkan di media kerana didakwa terbabit dalam insiden
kekacauan semasa perhimpunan masih belum menyerah diri atau ditahan.
"Setakat ini masih kekal dua individu yang ditahan sejak
Khamis lalu," katanya.
Beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung
individu yang sedang dikesan supaya menghubungi balai polis berhampiran atau
berhubung dengan Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, IPK Kuala Lumpur,
Asisten Superintendan Azmi Aziz ditalian 019-2602344 bagi membantu siasatan.
1:05 AM
soh ambiga tolong laaaa...haprak