Lamborghini Galardo & BMW530 Menanti Rakyat Yang Cintakan Keamanan

Cintakan keamanan dan berpeluang memenangi sebuah Lamborghini Galardo serta BMW530 bernilai hampir RM2 juta. Itu tawaran Majlis Bertindak Peniaga dan Penduduk Warga Kota yang menganjurkan Bersih 4.0 - Cintakan Keamanan kepada penyokong dan individu yang mengecam perhimpunan Bersih terdahulu dalam usaha menyemai rasa cinta kepada negara. 


Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos berkata, pihaknya merasa terpanggil untuk menyediakan hadiah berkenaan bagi menghargai rakyat yang tahu menilai erti keharmonian dalam negara selain menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan mencetuskan ancaman keselamatan.

Sambil mengulangi hasrat pihaknya mengadakan hari jualan di depan rumah Datuk S. Ambiga hari ini, Jamal berkata, pihaknya mendapat banyak maklum balas positif mengenai usaha itu sebagai tindakan balas kepada kekecohan dicetuskan Bersih 1,2 dan 3.

"Kita akan teruskan apa yang sudah dirancang. Biarpun Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menasihatkan agar kami tidak meneruskan rancangan tersebut, kami tetap tidak berganjak kerana niat sebenar bukan hendak mencetuskan kekecohan, kam ingin berniaga.

"Sehingga diberikan kata putus siapa yang boleh membayar ganti rugi, sehingga jam empat petang esok, baru kami akan berhenti berniaga di Jalan Setiakasih 1 nanti," katanya pada sidang media di sini, petang tadi.

Jamal berkata, buat permulaan, pihaknya akan membuka laman peminat Bersih 4.0 di facebook tidak lama lagi dan bagi setiap 150,000 pengikut, mereka berpeluang memenangi BMW 530 manakala Lamborghini.

Menurutnya, selepas jumlah mengikut mencapai sejuta orang, satu cabutan akan dibuat bagi memenagi Lamborghini dengan syarat mereka perlu mengunjungi Restoran Sekinchan Ikan Bakar sebelum memuat naik resit di FB sebagai bukti pembelian.

Selain itu katanya, bakal pemenang kedua-dua kereta berkenaan akan mendapat potongan tiga puluh peratus untuk berbelanja di restoran berkenaan dan mendapatkan resit terbabit.

Sementara itu, mengulas perkembangan sama, Jamalk berkata pihaknya menafikan sekeras-sekerasnya dakwaan sesetengah pihak bahawa dia dan peniaga terbabit menubuhkan majlis bertindak terbabit kerana kepentingan politik parti tertentu.

"Kita buat majlis ini bukan kerana UMNO, Pas atau pun DAP. Saya ahli perniagaan yang baik dengan semua orang. Ia hanyalah untuk memperjuangkan nasib peniaga di Lorong Tar yang kerugian akbat perhimpunan Bersih terdahulu," katanya yang melancarkan penubuhan majlis itu Ahad lalu.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment