Isu muzakarah PAS dengan UMNO bukannya isu
baru, sudah kerapkali timbul dan sudah acapkali ia senyap begitu saja. Panas
dipermulaan kemudian sejuk berpanjangan saling tak ubah seperti hangat-hangat
tahi ayam.
Acapkalinya isu muzakarah sering menjadi
senjata terakhir PAS bilamana berdepan dengan gelombang kebangkitan umat Islam
yang saban waktu semakin jelik dan meluat dengan tingkah laku PAS.
Dan kerapkali juga apabila UMNO menyahut
salam perdamaian dari PAS, watak hipokrasi dan munafik Menteri Besar Kelantan,
Nik Aziz Nik Mat akan muncul dengan pelbagai syarat - motifnya satu, supaya isu
muzakarah yang sudah disambut oleh UMNO akan padam begitu saja.
Walhal jika benar ikhlas untuk membicarakan
masalah umat dan bermuzakarah mencari titik temu yang tersembunyi disebalik
ketegangan sesama kita, apa perlunya menetapkan syarat itu ini? Sepatutnya
cukuplah sekadar memiliki keikhlasan hati dan fikiran.
Sedangkan semasa PAS kelihatan begitu taat
mengiku kehendak DAP dan PKR sepanjang kerjasama mereka dalam pakatan
pembangkang, tidak kedengaran satu pun syarat yang menetapkan kedua-dua rakan
sekatil itu mengikut telunjuk & kehendak PAS. Ironi sekali bila kita
fikirkannya.
UMNO sejak dulu hingga kini sentiasa terbuka
sebagaimana terbukti selepas pilihanraya umum 2008, tanpa soal jawab UMNO
pernah menerima ajakan Presiden PAS yang menganjurkan kerajaan perpaduan malah
pimpinan UMNO tidak lokek untuk menyerahkan jawatan MB dan exco Perak &
Selangor kepada PAS sekalipun dari segi jumlah kerusi sepatutnya ia milik UMNO.
Namun apa yang terjadi kemudiannya selepas
kata putus hampir dicapai? Nik Aziz campurtangan memusing cerita dan membantah
penyatuan kerjasama tersebut hinggalah akhirnya UMNO pula yang dipersalahkan
konon sengaja mahu memecahkan kerjasaman PAS dengan DAP dan PKR.
Episod muzakarah terbaru yang masih hangat
diperkatakan kini, tidak mustahil bakal mengulangi adegan sama atau
setidak-tidaknya sekadar satu drama fiksyen untuk menggertak rakan-rakan
sekatil PAS dalam pakatan pembangkang supaya memberi lebih perhatian terhadap
kehadiran PAS dalam pakatan tersebut.
Ternampak jelas tatkala PAS melihat rakyat
khususnya umat Melayu Islam semakin menyedari PAS telah hanyut dalam dakapan
DAP dan PKR hingga menggadai kesucian Islam dan prinsip Islamik yang selama ini
gah digembur-gemburkan, tidak semena-mena tika itulah PAS akan mencetuskan idea
muzakarah dengan UMNO.
Segalanya dilakukan oleh PAS atas prioriti
kepentingan politik kepartian dan bukannya semata-mata untuk kesejahteraan
serta perpaduan ummah
9:06 AM
Asal mula anjing ingat boleh bertindak sesuka hati. Sekali anjing besar nama Anuwar dan Tuan anjing iaitu DAP beliakkan mata.
Terus anjing muka 10 sen masuk ekor celah kangkang .
Macam nak tercabut nyawa takut.