Sambutan Hebat Hari UMNO ke 66- Signal Kepada Najib


Sumber: MalaysianView
Di saat ini ahli UMNO masih merasai akan bahang sambutan ulangtahun UMNO yang diraikan secara rasminya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11hb Mei 2012 yang lalu.
Ketua UMNO bahagian Puchong, Datuk Satim Diman berkata, kehadiran begitu ramai ahli UMNO pada majlis tersebut menggambarkan satu semangat yang luar biasa. Ada yang kata ianya mencecah 120 ribu orang dan ada pula yang kata 100 ribu.
“Kelakarnya, isu ini turut menjadi pertikaian dikalangan penyokong pakatan. Paparan gambar yang diambil sebelum majlis menjadi hujah mereka. Begitulah hebatnya sambutan ulangtahun UMNO kali ini. Mungkin sebab semua penyokong parti politik kini telah berada dalam standby mode untuk berhadapan PRU13!
Saya percaya bahawa gelombang yang ditunjukkan ini merupakan satu signal bahawa seluruh ahli UMNO berdiri teguh dibawah kepimpinan DS Najib selaku Presiden dan Panglima Perang UMNO,” ujarnya yang juga Ketua Pembangkang Selangor kepada MalaysianView.
Tambahnya, `Gelombang Merah’ ini harus diterjemahkan dalam bentuk semangat juang yang tinggi seterusnya memastikan BN terus mendapat mandat 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang, malah merampas kembali beberapa buah negeri yang telah ‘dipinjamkan’ kepada pakatan pembangkang khususnya di Selangor ini.
“UMNO tidak ada pilihan untuk memastikan kemenangan bagi memastikan agama, bangsa dan negara ini dipertahankan dari dijajah secara halus oleh anasir asing! Telah terbukti pemimpin pakatan tidak boleh diharap untuk mempertahankan semua ini,” tambahnya lagi.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment