Bila PRU13 ?

Sebelum ini, berbagai-bagai andaian yang dibuat mengenai tarikh PRU13, kalau tak silap sebelum ini ada yang mengatakan PRU13 akan dibuat pada Nov 2011, kemudian beralih plak ke Mac 2012 dan terakhir andaian dibuat akan dibuat pada 9 Jun 2012...

Nampaknya, semua andaian tersebut tersasar sama sekali...Jika benarlah 9 Jun, mungkin ketika aku menulis artikel nie, BN sedang bersiap sedia meraikan kemenangan dan di Selangor & Kedah, BN sedang bersiap sedia untuk masuk semula ke bangunan SUK negeri.....

Berbalik kepada tarikh sebenar PRU13 .... semuanya terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Biarlah dia yang menentukan, buat jentera BN, kita buat ajerlah kerja agar bila semboyan ditiupkan kelak, kita dan bersedia sepenuhnya untuk menemui rakyat, membawa manifesto BN seterusnya meyakinkan rakyat 1Malaysia, bahawa hanya BN sahaja yang mampu memberikan keamanan, kemakmuran dan kejayaan buat kita semua.

Okeylah, itu sahaja buat ketika nie.

Aku nak jumpa sahabat-sahabat aku dari JB, Gavin Low & Jeffery Jasmin yang datang KL secara tiba-tiba, mungkin membawa suara anak muda berbilang kaum dari Johor untuk diketengahkan.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment