BN Bantu Pemandu Teksi Dikata RASUAH, Air Selangor RM11.00 Bagaimana?


Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan berpandangan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kini mengalami tekanan emosi yang cukup tinggi selepas beliau hilang jawatan Menteri Besar Perak. 

Hujah-hujahnya membuktikan beliau alami tekanan emosi ini kerana apabila Kerajaan BN tampil membantu pemandu-pemandu teksi baru-baru ini, beliau mengatakan bahawa tindakan tersebut ialah untuk me’rasuah’ pemandu-pemandu teksi ini.

“BN bukan mahu membantu sahaja tetapi kita mendekati mereka, kita menanyakan kepada mereka, apakah masalah-masalah yang mereka hadapi da bantuan yang diperlukan dari golongan ini, mereka mengariskan bantuan-bantuan yang diperlukan.

Kita menunaikan permintaan mereka kerana kita menepati janji. Itu hakikatnya. Kita menepati janji yang kita berikan kepada pemandu dan pengusaha teksi tetapi apabila YB Nizar Jamaluddin mengatakan bahawa BN merasuah dan PM terpaksa melutut kepada pemandu teksi, ini menunjukkan kecetekan beliau memahami masalah-masalah yang dihadapi pemandu dan pengusaha teksi ini,” ujarnya mengulas kenyataan Nizar Jamaluddin yang mengatakan BN dan PM terpaksa merasuah dan melutut kepada pemandu teksi untuk meraih sokongan.

Dalam masa yang sama, P.Kamalanathan mahu Nizar mengandaikan pula bantuan RM11.00 sebulan oleh kerajaan negeri Selangor untuk air percuma. Adakah itu juga dipanggil rasuah?

“Kita tidak pernah menekan perkara ini kerana jika kerajaan Selangor nak buat baik, kita terima. Tidak pernah kita itu rasuah. Ini pula Datuk Seri Nizar kerana dia rasa kecewa tidak lagi jadi Menteri Besar Perak, tekanan emosi dia tidak dapat memberi ketenteraman kepadanya dan beliau mula memberika kata-kata hasut sebegini tanpa mengira keperluan kepada masyarakat,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Ahli Parlimen (PAS) Bukit Gantang bercakap dalam sebuah laman portal mengambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa ‘melutut’ kepada pemandu-pemandu teksi dan merasuah dengan memberikan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi di negara ini melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).

Di bawah program TR1Ma ini, setiap pemandu pertama teksi akan menerima baucar subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun. Selain itu, Najib juga mengumumkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menyediakan dana lebih daripada RM1 juta untuk menyediakan Skim Insurans Perlindungan Kemalangan Diri kepada 100,000 pemandu teksi di seluruh negara. Ini adalah inisiatif jangka pendek kerajaan untuk meringankan beban golongan pemandu teksi di negara ini.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

6 Komen

  1. Anonymous
    11:15 PM

    Rasuah berlaku bila penerima mesti buat apa yang perasuah mahu dan hajatkan. Tapi bila BN bagi apa-apa kepada rakyat, rakyat masih bebas nak undi sesapa pun. Itu bukan lah rasuah namanya. Kalau BRM, hapus tol, turun harga minyak, gaji minimum, nak gaji awam, bonus, kasi peneroka felda dan apa juga bantuan dan saguhati.... BN telah merasuah rakyatnya sendiri sejak 1955 lagi. Buat lebuhraya untuk kemudahan rakyat pun tak kan kira rasuah juga sebab yang guna semua... bukan penyokong BN saja. Begitu juga BR1M, ramai yang sokong PR amik juga bantuan tu..... Rasuah apa ke mendenya.

  2. Anonymous
    11:22 PM

    Nizar ni dakwa di MB pilihan rakyat. PAS hanya dapat lebih kurang 5 kerusi saja dalam DUN Perak. Atas belas ihsah ke Bawah Duli Yang Mulia Sultan Perak, maka dia pun dilantik jadi MB sebab calon yang sepatutnya dari DAP dan PKR... sultan tak perkenan. Tapi bila Sultan yang pilih dia jadi MB dan kemudian pecat dia kerana tidak dapat sokongan majoriti ADUN Perak, dia derhaka pulak pada Sultan. Sebenarnya dalam perlembagaan Negeri, dia bukan lagi MB yang berkuasa kerana tiada sokongan Majoriti ADUN. Dia tidak boleh bubar DUN kerana kuasa itu telah tiada dan apa yang dia boleh buat hanyalah meletakkan jawatan sebagai MB secepat mungkin bagi memberi laluan kepada mana-mana ADUN yang mendapat sokongan majoriti untuk jadi MB seterusnya. Tapi dia ni memang penipu besar, habis difitnahnya org lain dan sanggup pula derhaka kpd Sultan yang pernah memberi perkenan untuknya sebagai MB. Bagaikan anjing yang dilepas masih mahu menyalak dan menggigit tangan yg melepaskannya.

  3. Anonymous
    11:25 PM

    Apa juga benda yang dikeluarkan dari mulutnya akan tetap menyusahkan Parti dia sendiri. Bukan gitu saudara Salahudin Al Ayubi.....

  4. Anonymous
    11:30 PM

    Aku masih ingat betnapa yakinnya dia bila berteriak.... Haram syarie mengundi UMNO dan Halal Syarie mengundi DAP. Ada sesiapa tak yan percaya dia pernah berkata begitu? Bagi aku org yan main-main dgn hukum ni selalunya bila dah tak berapa betul kepala hotak dia. Banayk sangat nak kuasai Ilmu Agama semahu-mahunya sampai ke tahap tak betul. Bila kita menuntut ilmu ni, biarlah bagi manfaat kepada umat manusia, jangan riak dan bertujuan nak menunuk-nunjuk.

  5. Anonymous
    11:35 PM

    Aku kagum betul dgn PAS PIS ni. Berjaya jalankan dakwah pada rakan kafir harbi dia sehingga ada yang dah mula berjinak-jinak masuk ke Masjid, dah ada yang pandai sampaikan firman tuhan dgn membaca Quran di ceramah-ceramah mereka, dah ada yang dgn penuh keinsafan sama-sama mengagihkan daging qurban serta dah ada pemimpin mereka yg bermatian mencontohi ketokohan Khalifah Omar Abdul Aziz walau pun hanya berminat dgn sistem Monarchy Kerajaan Omar Abd Aziz sahaja.

  6. Anonymous
    12:30 AM

    di sgor kerajaan pakatan cekik darah. air konon nak bg free. tapi aku yg duduk flat kena paksa tukar meter individu yg kosnya rm1000. kenapa kerajaan pakatan tak membiayai kos tukar meter individu bagi rakyat miskin yg tinggal di flat? rakyat terpaksa berhutang untuk dapat air free. dah jadi macam pengemis. tolong bangkitkan!

Post a Comment