Kerajaan Selangor Hanya Tahu Pasang Sepanduk, Tetapi Tidak Pandai Urus Negeri


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil menyifatkan Kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor hanyalah sebuah kerajaan sepanduk, ekoran  lebih suka menghabiskan masa memasang sepanduk berbaur politik bagi memperlihatkan imej bersih dan telus mereka untuk mempengaruhi fikiran rakyat,  daripada memikirkan bagaimana membangunkan ekonomi dan infrastruktur di Selangor demi manfaat rakyat di negeri itu.

Menurut beliau, kerajaan Selangor yang diterajui oleh PKR hari ini tidak menumpukan sepenuh  perhatian mereka untuk melaksanakan segala janji mereka kepada rakyat, sebaliknya lebih tertumpu kepada promosi politik untuk menggambarkan kononnya mereka adalah sebuah kerajaan yang telus dan prihatin terhadap rakyat.

“Bagi saya, PKR hari ini lebih sibuk berpolitik hingga menyebabkan pentadbiran negeri jadi tunggang langgang. Di sebabkan sibuk dengan politik, maka kepentingan rakyat mula dipinggirkan. Pembangunan ekonomi dan infrastrutur di Selangor bukan lagi menjadi keutamaan mereka.

“Jadi bagi saya, kerajaan Pakatan Pembangkang yang memerintah Selangor hari ini, sedang menuju kepada kehancuran,” kata beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kapar hari ini.

Rakyat di Selangor menurut beliau, kini sudah mula merasa tertipu dan amat kecewa apabila Pakatan Pembangkang Selangor apabila segala janji-janji mereka di dalam manifesto PRU yang lepas tidak sampai 30 peratus saja yang mampu dilaksanakan.

Jelasnya lagi, ramai penduduk di Selangor juga mula merungut apabila kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor  mula menaikkan bayaran premium tanah serta cukai pintu, termasuk juga perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah pentadbiran mereka yang dilihat  semakin lemah.

“Inilah yang terjadi apabila kita melantik kerajaan yang hanya tahu berpolitik, tetapi tidak tahu mengurus tadbir negara. Malah lebih malang lagi, apabila senario politik dalaman mereka yang penuh dengan usaha jatuh menjatuh sesama sendiri, telah menyebabkan kerajaan Selangor yang ada hari ini hilang tumpuan terhadap isu-isu rakyat Selangor, terutama janji-janji manifesto yang sepatutnya mereka tunaikan.

“Kerja-kerja yang senang yang sepatutnya boleh diurus dalam masa enam bulan, akhirnya mengambil masa setahun untuk dilaksanakan. Ini merupakan natijah di atas ketidaksamaan dasar dan matlamat ketiga-tiga parti yang bergabung dalam Pakatan Pembangkang . Pakatan mereka ini begitu rapuh dan boleh runtuh pada bila-bila masa saja,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, situasi ini amat berbeza dengan pendekatan dan persefahaman di dalam BN yang diterajui oleh UMNO, yang sememangnya mempunyai pengalaman dan rekod yang cemerlang dalam mentadbir negeri dan negara.

“Kita di BN mempunyai satu ikatan dan matlamat yang sama di antara parti-parti komponen. Kita tidak tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain macam Pakatan Pembangkang.  BN adalah satu pakatan parti-parti politik yang mempunyai perjanjian kerjasama yang tersusun dan teratur.

“Dengan sistem perjanjian dan matlamat yang jelas dan tersusun di dalam BN,  membolehkan para pemimpin BN menumpukan terhadap pembangunan dan kemajuan negara, berbanding dengan Pakatan Pembangkang yang hari jelas nampak lebih banyak membuang masa untuk menyelesaikan masalah dalaman di dalam parti masing-masing, berbanding menyelesaikan masalah rakyat di Selangor,” tegas beliau.


GPRS
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment