Pembangkang Kering Modal Politik Hinggakan Bantu Pemandu Teksi Pun Dikatakan Rasuah- Nizar Zakaria

Pakatan pembangkang khususnya mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin nampaknya sudah kering modal politik untuk memberikan imej buruk kepada BN sehinggakan terpaksa menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional terpaksa  merasuah dan melutut kepada pemandu dan pengusaha teksi dalam meraih sokongan dari golongan ini.


Ahli Parlmen Parit, Nizar Zakaria berkata, lidah Nizar Jamaluddin ini sangat jahat kerana sering membuat kenyataan dan hujah jahat, sehinggakan mempertikai kelebihan dan keupayaan kewangan dalam negara kita untuk membantu rakyat terutamanya golongan yang memerlukan.

“Sepatutnya beliau secara positif menyokong kerana kerajaan membantu rakyat khususnya pemandu-pemandu teksi ini dengan insentif sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun. Ini perkara yang baik dan kalau dia rasa hebat, jika kerajaan BN memberikan BR1M RM500, pembangkang khususnya kerajaan negeri pembangkang, tambahlah RM100 atau RM200 kepada rakyat.

Tetapi itu tidak berlaku, namun mereka (pembangkang) sering mempertikai apa sahaja usaha kerajaan untuk membantu rakyat. Saya yakin dan percaya, rakyat memahami bahawa kerajaan kita di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak telah pun berusaha gigih sehingga kita mempunyai lebihan pendapatan, yang akhirnya lebihan ini kita bantu rakyat yang memerlukan,” ujarnya mengulas tuduhan jahat Nizar Jamaluddin terhadap BN dan PM, ketika ditemui di Dewan Rakyat pagi tadi.

Tambahnya, ini merupakan usaha pembangkang khususnya Nizar Jamaluddin dalam membuat provokasi dan sangkaan jahat terhadap BN dalam usaha mereka meraih sokongan rakyat, sedangkan kerajaan BN berusaha sedaya upaya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Modal politik mereka sudah tiada dan terpaksa mencari-cari isu yang perlu dibawa untuk memberikan gambaran negatif kepada BN. Hari ini pakatan pembangkang amat mencemburui usaha yang dibuat PM, walaupun baru tiga tahun lebih mentadbir, namun beliau mampu memberikan perhimatan terbaik kepada negara dan masyarakat, selain membawa membawa nama baik Malaysia ke serata dunia,” tambahnya lagi.


Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.