Ketidaksefahaman dan gerakan untuk saling jatuh menjatuhkan antara
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, kini bukan sudah menjadi satu’
rahsia umum’ yang tersebar luas di Selangor malah makin membusuk, khususnya di
kalangan ahli-ahli PKR sendiri.
Perkara ini diakui oleh bekas
Ketua Penerangan PKR, Haji Ruslan
Kassim yang berkata bahawa konflik atau perang besar antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim ini sudah lama bermula dan
ianya diketahui umum oleh rakyat,
khususnya di kalangan ahli-ahli PKR.
“Perkara ini sudah diketahui umum, terutama mereka yang bersama
PKR. Ini saya ibaratkan seumpama peperangan gajah sama gajah. Dan hari ini,
banyak pelanduk yang sudah mati akibat peperangan gajah-gajah itu, “ ujarnya mengulas isu konflik di antara dua
pemimpin tertinggi PKR itu di sini hari ini.
Jelas beliau, konflik antara Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim
bermula apabila Timbalan Presiden PKR itu meletakkan jawatannya sebagai lembaga
pengarah di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di mana Tan Sri Khalid
Ibrahim menjadi pengerusinya.
Tindakan Azmin meletakkan jawatan tersebut menurut Ruslan adalah sebagai tanda protes kerana tidak
bersetuju dengan cara dan corak pentadbiran Khalid sebagai pengerusi PKNS dan
Menteri Besar.
“Kemudian, Azmin mengarahkan anak-anak buahnya agar mengusulkan
undi tidak percaya kepada Khalid di Cabang Kuala Selangor, di mana Khalid menjadi
ketuanya. Begitu juga di Ranting Ijok,
yang diketuai oleh Khalid, turut diserang oleh anak-anak buah Azmin dengan
mengusulkan undi tidak percaya kepada beliau,” ujar beliau.
Seterusnya kata beliau, apabila melihatkan Azmin mula memberikan
ancaman terhadap kedudukan beliau bukan sahaja di Cabang, malah di cawangan
Ranting sekaligus, Khalid kemudiannya bertindak memecat anak-anak buah Azmin
yang memegang jawatan di Cabang Kuala Selangor dan Ranting Ijok.
“Bukan itu saja, Azmin Ali
juga dalam satu kenyataannya secara terbuka mengkritik dan menyatakan rasa
tidak puas hatinya terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh exco-exco negeri
Selangor yang dilantik oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Malah ada pelbagai lagi
gerakan yang dijalankan oleh Azmin dalam usahanya menjatuhkan Khalid. Kalau nak
bercerita, panjang berjela nanti,” jelas beliau.
Justeru itu kata beliau lagi, apabila timbul isu skandal seks dan
rasuah yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR itu, Tan Sri Khalid Ibrahim,
beliau hanya mengatakan ‘no komen’ dengan nada yang sinis ketika diminta oleh
para wartawan mengulas isu tersebut, tanpa langsung membela anak didik
kesayangan Anwar itu.
“Sebab itu jika kita perhatikan, sejak timbulnya dua isu yang
membabitkan beliau, tidak ada seorang pun pemimpin dari Pakatan Pembangkang,
terutamanya dari PKR yang tampil membela Azmin, kecuali Anwar Ibrahim. Ini
ekoran sikap Azmin dan juga tindak tanduknya yang tidak begitu digemari oleh
ramai ahli Pakatan Pembangkang, khususnya pemimpin dan ahli PKR sendiri,” jelas
beliau.
0 Komen