Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor
(GPRS), Datuk Shohaimi Shahadan melihat perlekatakan jawatan Rafizi Ramli
sebagai Ketua Pegawai Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor hari ini membuktikan
jelas pergolakan dan krisis dalaman yang semakin teruk dalam kepimpinan
kerajaan negeri Selangor.
Menurut beliau itulah realitinya PKR yang bukannya bertunjangkan
perjuangan rakyat tetapi untuk mengejar jawatan masing-masing.
“Apakah ini ada kaitan dengan Azmin…Biarlah mereka yang mengulas
panjang lebar krisis terbaru itu. Dan apakah ini juga mempunyai kaitan dengan
krisis yang melibatkan antara Azmin dan Khalid serta Faekah Husin.
“Saya tidak mahu mencampuri urusan dalaman mereka namun kepada
rakyat amat jelas hari ini pergolakan kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR
semakin kronik dan seolah-olah hilang hala tuju.
“Ini adalah bukti pergolakan dan krisis balas dendam yang berlaku
dalam kepimpinan kerajaan negeri, mereka terlalu berpolitik hingga mengabaikan
tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat Selangor,“ katanya.
Terdahulu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mengumumkan
perletakan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Perkara itu turut dimaklumkan dalam twiternya sebentar tadi.
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR Datuk
Sri Anwar Ibrahim sebagai penasihat. Rafizi pula menyandang jawatan Ketua
Eksekutif di pejabat itu sejak 2009 lalu.
Dalam tulisan lanjut di twiternya, beliau berkata belum membuat
sebarang perancangan namun mahukan rehat dan menumpukan kepada ibadah sempena
bulan Ramahan ini.
Tegas beliau lagi PKR sebagai sebuah parti yang tidak pernah
terlepas daripada apa jua dakwaan melibatkan masalah pemimpinnya meskipun
sering menyalahkan pihak lain khususnya parti lawan mereka dengan ungkapan
fitnah dan konspirasi.
“Isu seks, salahguna kuasa sehinggalah yang paling terbaru
pemimpin tertinggi parti itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memiliki 20
akaun induk bernilai RM3 bilion susulan daripada akuan berkanun bekas Gabenor
Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sebelum ini.
“Begitu juga dengan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR yang
turut didakwa bersama isterinya,Shamsidar Taharin memiliki aset dipercayai
bernilai lebih RM30 juta sepanjang 1992 hingga 1994.
“Semua dakwaan itu dilihat lebih menjurus kepada peribadi individu
dalam parti pembangkang itu. Namun,di peringkat kerajaan negeri di bawah
pimpinan PKR, Pas dan DAP di Selangor ini lain pula keadaannya apabila
dikatakan menjalankan tadbir urus kononnya untuk manfaat seluruh rakyat tetapi
hakikatnya, pentadbiran mereka penuh dengan kecelaruan sehingga menyusahkan
rakyat,” ujarnya.
0 Komen