RM3Bilion: BN Hulu Selangor Desak Siasat Anwar Ibrahim Segera










Barisan Nasional Hulu Selangor hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan bekas bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengawal 20 akaun peribadi (Master Akaun) bernilai lebih RM3 bilion. Laporan polis ini telah dibuat oleh Pemuda UMNO, Wanita UMNO, Puteri UMNO, Pemuda MCA dan Pemuda MIC bahagian Hulu Selangor.

Pengerusi Pemuda BN Hulu Selangor, Mahmud Karim berkata, hari ini kita membuat laporan polis bagi  mendesak satu suruhanjaya ditubuhkan untuk siasat kenyataan semula Dato Murad wujudnya 20 akaun individu yang dikawal oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membabitkan aset saham, wang lebih RM 3 billion berdasarkan akuan bersumpahnya.

“Kita mendesak Peguam Negara membuka semula kertas siasatan yang kini telah menjangkau 4 tahun sejak 2009. Kita juga mendesak LHDN tampil buat kenyataan daripada mana datangnya sumber kewangan yang sebegitu banyak dan ke mana hilangnya wang tersebut?

Dalam masa yang sama, kita juga mendesak pihak SPRM menyiasat penyelewengan ini, kerana sebagai rakyat kita mahu tahu sejauh mana kekayaan yang dimiliki oleh dicanang-canangkan untuk menjadi Perdana Menteri oleh pihak pakatan pembangkang,” ujarnya kepada media selepas membuat laporan polis di IPD Hulu Selangor, di Kuala Kubu Bharu petang tadi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment