Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk meneruskan dasar
pemberian air percuma di Selangor jika berjaya merampas semula negeri itu
tetapi ia akan dilakukan melalui pendekatan berbeza demi kepentingan rakyat.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata jika dasar itu
dilaksanakan, ia akan dibuat dengan lebih menyeluruh termasuk menambah bilangan
meter padu air percuma dan memastikan seluruh rakyat Selangor menikmatinya.
"Kalau sekarang dia (pembangkang) beri air percuma tetapi
tidak semua rakyat dapat. Beratus ribu rumah yang mempunyai meter pukal tidak
dapat faedah ini dan adakah orang kaya pun nak dapat juga air percuma ini.
"Apa juga dasar dibuat untuk kebaikan rakyat kita kena
teruskan tetapi selesaikan dulu masalah meter pukal terlebih dahulu,"
katanya di Forum Mengenai Isu Bekalan Air Selangor anjuran Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), di sini.
Tambahnya, BN tidak boleh membuat dasar yang hanya menguntungkan
segelintir rakyat dan tidak memberi makna kepada orang yang tidak memerlukan
seperti golongan kaya. Isu pokok kerajaan BN masa ini ialah bagi memastikan
bekalan air mencukupi selari dengan keperluan rakyat.
"Apapun kita mesti ingat kalau nak buat dasar air percuma,
air mesti ada... kalau isytihar air percuma sekalipun kalau tidak ada air tidak
guna dasar itu kerana tidak mungkin dapat dilaksanakan," katanya.
8:40 AM
cam gampunk!..dulu bila PR wat camni mcm2 cakap..nengeri akan bankrap laa..skg sudah tukar ka?