Dolak Dalih Isu Talam : Khalid Main Politik Gaya Anwar



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diminta agar tidak berdolak dalik berhubung isu penyelewengan yang melibatkan Talam Corporation ekoran tindakannya yang menolak perbincangan penuh mengenai isu tersebut dalam persidangan DUN Selangor hari ini.
Biarpun Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mencadangkan agar MB Selangor mengambil peluang untuk menjelaskan isu tersebut dalam pesidangan DUN Selangor, namun ternyata Tan Sri Khalid kemudiannya menolak perbincangan penuh mengenai isu tersebut dengan alasan isu ini perlu diserahkan kepada pakar untuk diteliti terlebih dulu.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Maslynoor Abdul Latiff, Menteri Besar sebagai ketua eksekutif negeri perlu mengambil tanggungjawab penuh untuk menjawab isu berhubung penyelewengan dana Talam Corporation tanpa sebarang dolak dalih lagi.
“MB adalah individu yang bertanggungjawab untuk memperjelaskan perkara ini kepada rakyat di Selangor. Beliau tidak boleh mengambil sikap berdolak dalih dalam isu ini kerana ia melibatkan sejumlah wang rakyat yang begitu besar.
“Sikap beliau yang menolak sebarang perbincangan dan penjelasan mengenai isu Talam ini bagaikan memberi gambaran bahawa kerajaan Selangor di bawah pentadbiran PKR  bukanlah satu kerajaan yang telus dan terbuka sepertimana yang mereka hebohkan sebelum ini,” ujar beliau di sini hari ini.
Tambahnya lagi, sikap berdolak dalik MB Selangor berhubung isu ini saling tak tumpah seperti sikap Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi sebarang isu penyelewengan atau salah laku yang berkait dengan kepimpinan peringkat tertinggi parti tersebut.
“Malah, Anwar sendiri sebagai penasihat ekonomi Selangor turut bertanggungjawab menjelaskan isu ini kerana jawatannya sebagai penasihat ekonomi . Sudah pasti beliau juga akan dimaklumkan sekiranya berlaku sebarang transaksi wang kerajaan apatah lagi dengan jumlah yang begitu besar,” akhiri beliau.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment