Cabaran Datuk Seri Noh Omar yang mendesak Menteri Besar Selangor,
Khalid Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terperinci UNISEL bagi menjawab
dakwaan kedudukan kewangannya yang nazak hingga saat ini masih belum bersahut.
Sebaliknya diperlekehkan pula cabaran tersebut seolah-olah Khalid
merasakan statusnya sebagai bekas orang korporat telah meletakkan dirinya
kelihatan hebat dan lebih bijak daripada orang lain.
Betulkah Khalid bijak? Adakah bijak bilamana Khalid mencadangkan
penjualan aset UNISEL berupa tanah seluas 500 ekar hanya untuk menampung kos
pengajian 1000 orang pelajar baru UNISEL semasa kecoh isu pembekuan sementara
PTPTN tempohari.
Bukankah sepatutnya orang bijak akan mengekalkan aset dan
manfaatkannya untuk jana keuntungan berlipat kali ganda dan bukannya
menggunakan jalan singkat menjualnya untuk menyelesaikan masalah yang
berserabut dalam kepala.
Apabila Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO
Selangor mengungkit soal untung rugi UNISEL, asasnya kerana sebelum ini Khalid
pernah menutup beberapa pusat kemahiran dan asrama Yayasan Selangor(YS) hanya
disebabkan adanya kerugian.
Majoriti rakyat Selangor berkongsi satu kerisauan yang sama
seperti Noh Omar bimbang sekiranya UNISEL bakal mengulangi sejarah YS sedangkan
universiti tersebut baru sahaja di bina oleh BN pada tahun 1999.
Tanah tergadai ke tangan orang lain, nasib pelajar terumbang
ambing dan pusat pendidikan runtuh menyembah tanah ataupun menjadi gajah putih.
Inilah yang berlaku pada pusat pendidikan milik YS dan rakyat tidak mahu ianya
berulang kembali.
Sementelah lagi apabila Khalid masih juga beria-ia mahu meneruskan
penjualan tanah seluas 500 ekar milik UNISEL yang dikatakan bernilai RM30 juta
sekalipun PTPTN telah menarik balik pembekuan pinjaman, saat inilah keraguan
kian bercambah terhadap kedudukan sebenar kewangan UNISEL.
Rekod sebelum ini pun menunjukkan kemasukan pelajar baru bagi
setiap semester juga kian menurun. Pada tahun 2007 lebih 6,000 pelajar telah
mendaftar masuk ke UNISEL, tahun-tahun selepasnya bilangan tersebut teramat
jauh berkurangan.
Manakala itu, pada tahun 2009 UNISEL didakwa telah mengalami
kerugian lebih kurang RM20 juta gara-gara kurangnya kemasukan pelajar baru
selain faktor bebanan kos pengurusan yang tinggi sejak universiti tersebut
dijadikan tempat orang politik menikmati kerjaya dan gaji yang tinggi.
Apabila kerajaan negeri dilihat tetap berkeras meneruskan
penjualan aset berupa tanah tersebut, bukan salah orang ramai apabila mereka
percaya ia sebenarnya berkait rapat untuk menutup kerugian yang sedang
ditanggung oleh UNISEL gara-gara kelemahan urus tadbir kerajaan PKR Selangor.
Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sedang
menikmati kemewahan di puncak menara gading tersebut tampil segera menjelaskan
keadaan sebenar. Cukup-cukup harta benda dan aset negeri habis dijual digadai
sejak empat tahun lalu.
Sumber: GPRS
2:36 PM
Diaorang dah ada jawapan bagi pertanyaan tersebut.. Kerugian yang berlaku disebabkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional..