Kejayaan Kerajaan Selangor
pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008 hanya setakat menabur janji dan
memasang papan tanda untuk mencari publisiti, kata Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu berkata
kegagalan kerajaan negeri itu menunaikan janji dan tanggungjawab telah
membuka mata rakyat mengenai kredibiliti dan kebolehan mengurus negeri
itu, berbanding Barisan Nasional (BN) yang memajukan negeri itu selama 50 tahun
lalu.
Noh berucap pada majlis Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor baru-baru ini, di Padang Kawad Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini hari ini. Program edisi ke-6 itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor;
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri
Mustapha Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu
Koon; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas; Ahli
Parlimen Sepang merangkap koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin;
dan timbalan-timbalan menteri.
Katanya, dalam tempoh tiga
tahun Najib menerajui negara ini, pelbagai janji diisytiharkan dan
disusuli dengan pelaksanaan berkesan demi menjamin kesejahteraan dan masa
depan rakyat.
Antaranya ialah Klinik
1Malaysia, bantuan pelajar RM100, baucer buku RM200, Bantuan Rakyat
1Malaysia (BRIM), Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia, Program Perumahan
Nelayan, Kedai Rakyat 1Malaysia dan yang terbaru bantuan Teksi Rakyat
1Malaysia.
“Tak ada dalam dunia ini
dimana kerajaan sanggup memberi penghormatan kepada pemandu-pemandu
teksi…bagi membela nasib pemandu-pemandu teksi,” katanya.
Jelasnya, kerajaan di bawah
pimpinan Najib benar-benar membela nasib semua lapisan rakyat di negara ini dengan
mempunyai agenda dan hala tuju terancang.
0 Komen