Seawal Ogos 2011 kerajaan pusat telah memberi amaran mengenai
krisis bekalan air yang akan bakal melanda
menjelang tahun 2014.
Bukan sahaja Selangor, malah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
juga Putrajaya akan turut merana dengan melibatkan lebih 1.8 juta pengguna.
Ini bermakna Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (TTHA)
sudah menyalakan lampu amaran merah sejak setahun lalu supaya kerajaan Pakatan
Rakyat Selangor bersikap rasional dan pro-rakyat untuk bekerjasama dalam
menjayakan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor.
Skim mega ini melibatkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat
2 dan pembinaan sistem-sistem bekalan air yang berkaitan dengannya.
Projek ini amat diperlukan kerana ia akan memastikan pemintaan
bekalan air akan mampu ditampung secara stabil sehingga tahun 2029.
Apa yang Pakatan Rakyat lakukan setakat ini?
Mereka memilih untuk berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa
dengan bermain politik kepartian sempit yang membahayakan kebajikan rakyat.
Pakatan Rakyat menunjukkan sikap keras kepala dan masih dengan
alam fantasinya dengan mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga tahun
2019.
Hasilnya, kini beberapa kawasan Kuala Lumpur,Hulu Langat dan Klang
sering mengalami gangguan bekalan air akibat krisis air yang semakin serius di
Lembah Klang.
Sebelum keadaan menjadi lebih parah, kerajaan pusat terpaksa mengambil
langkah drastik untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, samada
dengan kerjasama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atau tidak.
Bagi kerajaan Barisan Nasional, kebajikan dan jaminan bekalan air
bersih kepada rakyat wajib diutamakan, apa pun aral yang melintang atau
halangan yang bakal di hadapinya dari Pakatan Rakyat.
Biarlah pembangkang bermain politik dengan menggadaikan hak rakyat
namun BN sesekali tidak akan menghukum rakyat hanya kerana perbezaan fahaman
politik.
Apabila ditekan oleh kerajaan pusat mengapa Pakatan Rakyat masih
mahu menangguhkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, bermacam-macam alasan yang
tidak logik dan masuk akal diberikan oleh Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin
pembangkang.
Pakatan Rakyat bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang
mengelirukan malah memutar belit fakta kerana takut rakyat menolak mereka
apabila tahu kedudukan isu yang sebenar.
Pada 23 Julai lalu, Exco Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan
Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaan negeri
memohon RM225 juta dari kerajaan pusat bagi meningkatkan penjanaan air terawat
di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 (SSP1) dan Sungai Selangor 3 (SSP3).
Pakatan Rakyat cuba mengalih kesalahan ke atas bahu kerajaan pusat
sekiranya permohonan peruntukan itu tidak diluluskan.
Sebenarnya sudah lama kerajaan pusat mengambil inisiatif untuk
melaksanakan projek-projek mitigasi bagi mengelakkan krisis air berlaku di
Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya walaupun mendapat tentangan daripada
Pakatan Rakyat Selangor.
Walaupun kerajaan negeri bertanggungjawab untuk memastikan semua
loji rawatan air di Selangor membekalkan air terawat yang mencukupi untuk
diagihkan kepada pengguna, namun kerajaan pusat prihatin dengan meluluskan
peruntukan RM606 juta bagi pelaksanaan lapan projek mitigasi bagi mengelak
krisis air pada tahun 2014.
Dengan kelulusan dana tersebut, kerajaan negeri Selangor kemudian
bersetuju pula untuk melaksanakan 5 daripada 8 projek tersebut bernilai RM301
juta.
Bukankah dengan bersetuju melaksanakan lima projek mitigasi dengan
bantuan kewangan dari kerajaan pusat, Selangor sebenarnya akur kebenaran bahawa
krisis air akan berlaku dua tahun dari sekarang?
Maka hujah Pakatan Rakyat mengatakan bekalan air terawat mencukupi
sehingga 2019 adalah palsu dan tidak disokong oleh fakta yang jelas.
Pada hari yang sama juga di dalam lama sesawang Selangorku, Dr
Xavier membuat satu lagi pembohongan bahawa tanggungjawab menyelenggara dan
meningkatkan kemampuan aset air di Selangor seperti loji adalah di bawah kerajaan pusat dan Syarikat Bekalan Air
Selangor (Syabas).
Beliau memberi alasan palsu dengan mengatakan aset-aset air
tersebut telah dipajak kepada kerajaan pusat dan Syabas.
Hakikatnya, Selangor sebagai pemilik semua aset air di negeri itu,
tidak pernah memajak mana-mana aset airnya kepada kerajaan pusat apa lagi
Syabas.
Kedudukan sebenarnya adalah begini - kerajaan negeri Selangor
memiliki aset air sebagaimana peruntukan perundangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
(SPAN) khususnya di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta
655).
Akta ini bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan bekalan air
terawat atau 'water supply availability' di loji-loji rawatan air di negeri
Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Fungsi utama Syabas hanyalah
sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor iaitu untuk
membekal dan mengagihkan bekalan air terawat.
Tugas teras Syabas ini telah termaktub di bawah Seksyen 191 Akta
Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) oleh SPAN.
Jadi bukan menjadi bidang tugas Syabas untuk memastikan
ketersediaan bekalan air terawat.
Kemudian pembohongan berterusan Pakatan Rakyat berhubung isu air
di Selangor di sambung pula oleh Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago.
Beliau berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa catuan
air tidak perlu dalam masa terdekat menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis
bekalan air sekaligus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air
Langat 2.
Kenyataan Tan Sri Muyiddin Yasin sama sekali tidak bercanggah
dengan kenyataan Menteri TTHA, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebelumna yang
mengatakan krisis air akan berlaku pada tahun 2014.
Perlu diketahui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang sehingga kini enggan memberi
kelulusan 'development order' bagi Projek Loji Rawatan Air Langat 2 supaya
projek itu dapat disiapkan pada tahun 2014.
Untuk menyelamatkan keadaan,
kerajaan pusat meluluskan peruntukan RM606 seperti yang telah
diterangkan di atas.
Mungkin wakil rakyat DAP itu tidak membaca atau cuba menafikan
kenyataan SPAN bahawa walaupun bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan
Putrajaya keseluruhannya masih terkawal, terdapat beberapa kawasan dikenal
pasti sering mengalami gangguan bekalan air.
Ini kerana rizab simpanan air yang sangat rendah iaitu purata 2.5
peratus sahaja berbanding paras optimum sebanyak 10 peratus.
Atas pandangan ini, maka Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai
Isu-Isu Bekalan Air Selangor telah memutuskan catuan air tidak perlu buat masa
ini kerana bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah
mencukupi.
Bagaimanapun kerajaan meminta SPAN mengenal pasti kawasan yang
kerap menghadapi gangguan bekalan air dan menyediakan pelan kontingensi sebagai
persediaan menghadapi catuan.
Jika perlu, SPAN harus berbincang dengan Syabas dan kerajaan
negeri Selangor bagimemastikan pengguna di kawasan terbabit mendapat maklumat
yang jelas mengenai sebarang catuan air di masa hadapan.
Tidak cukup dengan dakwaan menyeleweng itu, Charles bermain dengan
kata-kata bahawa jika tidak perlu catuan air, maka tidak adalah masalah air.
Jika tidak ada masalah air, mengapa pula kerajaan pusat mahu
membina Loji Rawatan Air Langat 2?
Ini yang dikatakan logik songsang puak pembangkang.
Tidak mengenakan catuan air buat masa sekarang tidak bermakna
masalah air tidak akan wujud pada masa akan datang.
Berlainan dengan mentaliti pembangkang yang mempunyai akal pendek
dan fikiran cetek, kerajaan pusat telah melakukan kajian terperinci sejak tahun
2000 lagi mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang dirancang untuk
memenuhi permintaan bekalan air pada tahun 2014.
Hasil kajian ini telah diperakui oleh SPAN yang juga menjangka
jumlah bekalan air dalam sistem bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk
memenuhi permintaan pada tahun 2014.
Malah SPAN juga mengunjurkan bekalan air yang dikeluarkan oleh 34
loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga
penghujung tahun 2012 sahaja!
Oleh itu, amat penting Loji Rawatan Air Langat 2 dibina sekarang
bagi mengelakkan sebarabg krisis air menjelang, bak kata pepatah sediakan
payung sebelum hujan.
Charles juga menunjukkan kebodohannya dengan mendakwa desakan
membina Loji Rawatan Air Langat 2 adalah untuk memberi kontrak pembinaan
lumayan kepada kroni Umno-BN.
Telah diumum serta ditegaskan oleh kerajaan pusat Projek Loji
Rawatan Air Langat 2 akan cdilaksanakan secara tender terbuka kepada semua
syarikat yang berkelayakan, malah anak syarikat kerajaan negeri Selangor juga
dijemput menyertai proses tender.
Jadi jelas wakil rakyat DAP itu mereka-reka cerita untuk menutup
kegagalan pembangkang menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor.
Selepas Dr Xavier, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains
Teknologi dan Inovasi
Selangor, Rodziah Ismail pula bercakap tanpa mengguna otak.
Beliau mendakwa kerajaan negeri mahu ambil alih operasi Syabas
kerana ia tidak mampu urus bekalan air tetapi usaha ini dihalang oleh kerajaan
pusat.
Pembangkang cakap sembrono tanpa berlapikkan fakta yang tepat.
Ini kerana kerajaan pusat meluluskan permohonan kerajaan negeri
Selangor atas tiga sebab:
1. kes yang difailkan oleh Syabas sejak tahun 2009 untuk menuntut
pampasan berhubung keengganan kerajaan negeri menaikkan tarif air di Selangor,
Kuala Lumpur dan Putrajaya masih belum selesai di mahkamah.
2. Syabas dan kerajaan negeri Selangor didapati melakukan
keingkaran manakala tuduhan kerajaan negeri atas keingkaran yang dilakukan oleh
Syabas tidak cukup kukuh sebagai alasan untuk
mengambil alih operasi syarikat itu di bawah Klausa 32 Perjanjian
Konsesi.
Mutakhir, Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim membuat kenyataan
pada 26 Julai lalu yang dilapor oleh akhbar The Star bahawa kapasiti
pengeluaran air di 34 loji rawatan air di Selangor pada masa ini adalah 4,807
juta liter sehari berbanding kemampuan agihan Syabas sebanyak 4,371 juta liter
sehari.
Ini pun satu penipuan oleh Bapak Penipu di Selangor.
Berdasarkan maklumat SPAN, 34 buah loji rawatan air di Selangor
direka bentuk untuk menghasilkan 4,581 juta liter sehari.
Oleh sebab kekangan dalam sistem pengeluaran beberapa loji dan
sistem pengagihan pada masa ini, kapasiti air yang dapat diagihkan kepada
pengguna hanya sebanyak 4,371 juta lkiter sehari sahaja.
Apabila projek Mitigasi 1 dan 2 berharga RM606 juta yang
dilaksanakan oleh kerajaan pusat siap kelak, barulah pengeluaran air dapat
ditingkatkan kepada paras optima 4,581 juta liter sehari.
Jumlah kapasiti pengeluaran yang disebut oleh Khalid sebanyak
4,807 juta liter sehari sebenarnya adalah jumlah kapasiti reka bentuk loji
serta mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh 5 loji yang sedang
dioperasikan melebihi tahap reka bentuk iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai
Selangor 2, LRA Sungai Semenyih, LRA Sungai Langat, LRA Sungai Batu dan LRA
Bukit Tampoi.
Buat masa ini kapasiti yang relevan dalam pengagihan bekalan air
kepada pengguna ialah 4,371 juta liter sehari. Inilah keperluan sebenar
pengguna.
Angka kapasiti reka bentuk iaitu 4,581 juta liter sehari atau
kapasiti pengeluaran loji sebanyak 4,807 juta liter sehari yang dipetik oleh
Menteri Besar, tidak mencerminkan jumlah bekalan air sebenar yang boleh
diagihkan kepada pengguna.
Ia juga memberi gambaran salah tentang kadar rizab simpanan
bekalan air di Selangor pada ketika ini.
Menyelewengkan fakta untuk mengaburi mata rakyat akan menyebabkan
perancangan bekalan air menjadi pincang dan seterusnya menyebabkan pengguna air
di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa
hadapan.
Tidak pernah terlintas di fikiran Pakatan Rakyat Selangor untuk
melaksanakan sebarang projek mitigasi untuk meningkatkan kapasiti loji rawatan
air sedia ada seperti yang didakwa oleh Khalid dan barisan Exconya.
Walaupun hakikatnya 33 daripada 34 buah loji tersebut adalah aset
milik kerajaan negeri, Pakatan Rakyat Selangor lebih banyak menggunakan masa
mereka untuk berbohong kepada rakyat sementara masa depan bekalan air negeri
itu berada di hujung tanduk.
10:19 PM
Hanya org yang tidak cerdik sahaja yg sanggup diperbodohkan oleh org lain.