Gelaran "tokong" yang angkuh dan sombong yang ditujukan
kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti yang tercatat dalam
transkrip perbualan timbalannya, Dr Mansor Othman seakan menjadi satu fenomena
baru bagi menggambarkan perwatakan Lim sejak mengambilalih kerajaan di negeri
itu.
Cumanya, jika selama ini tokong sebenar yang disembah melalui
ritual keagamaan mengikut kepercayaan penganut Buddha kerana ianya diyakini
mampu mendatangkan kebaikan kepada mereka, dalam kes Guan Eng pula lagaknya yang
mahu dipandang mulia seperti tokong tapi gaya pentadbiran dan langkahnya pula
nampak angkuh dan sombong.
Sebetulnya gelaran sinis tersebut menunjukkan watak angkuh dan
besar diri yang semakin sebati dalam diri Setiausaha Agung DAP itu tidak begitu
disenangi oleh rakan-rakan sepakatan.
Malah bukan satu rahsia lagi, dikalangan pemimpin veteran DAP juga
tidak dapat menyembunyikan kerisauan mereka melihatkan tindak tanduk Guan Eng
yang kesannya lebih menjarakkan lagi hubungan DAP dengan rakyat kebanyakan.
Bagi mereka sikap Guan Eng yang terlalu mengutamakan kehendak
golongan korporat hingga mengabaikan kehendak dan permasalahan rakyat langsung
tidak mencerminkan polisi DAP yang selama ini digambarkan mengutamakan aspirasi
rakyat bawahan.
Dengan rekod buruk DAP dan PKR yang pernah gagal menunaikan janji
terhadap penduduk Kampung Buah Pala sebelum ini, ditambah lagi dengan
keangkuhan yang ditonjolkan oleh Guan Eng, maka layaklah bila gelaran tokong
yang angkuh dan sombong kekal atas dahi Guan Eng.
Mungkin bagi sesetengah penyokong PR dari PAS dan PKR yang
beragama Islam mereka tidak kisah untuk terus menyanjung tinggi Guan Eng yang
suatu ketika dulu pernah dilabelkan sebagai "khalifah" setelah
terpegun melihat lakonan ramah mesra yang dipamerkan oleh Ketua Menteri itu.
Tapi selepas tersebarnya kenyataan Dr Mansor yang secara sinis
menggambarkan Guan Eng ibarat seperti tokong bernyawa, kemudian dikatakan pula
gelaran tersebut adalah satu bentuk pujian, makanya ternampak seperti sokongan
yang diberikan oleh penduduk P.Pinang khususnya dari PAS dan PKR semacam
menyokong dan menyembah tokong pula.
Di Kelantan kita ada tok guru surat pekeliling yang lebih mesra
dengan pembangunan tokong dan patung yang tingginya mengalahkan menara majid,
di P.Pinang pula ada pemimpin politik yang diiktiraf dan dipuji sebagai tokong. (BB)
8:06 PM
qFtp ghd flat iron
jMkj ugg store
uWgu michael kors purses
5eGqm GHD Hair Straightener
1kJyk burberry store
8fDvp chaussures ugg
4aHds ghd hair straighteners
0dRtv louis vuitton purses
9cDcb michael kors outlet
9uVpi ghd hair straightener
2eHkw ugg boots uk
4cGwp discount nfl jerseys
0pVhk michael kors outlet
0qAsp ghd
2kMto discount uggs