Mana letaknya maruah Azmin dan Azwan
Ali, sehingga sanggup menghina, mencaci malah memaki ibu sendiri, Mak Tom.
Adakah ini sikap mereka yang harus dipandang dan diangkat sebagai seorang
pemimpin, kalau ibu sendiri pun tidak mereka hormati, apalah lagi orang lain,
ujar adik perempuan Azmin Ali, Ummi Hafilda Ali.
“Mereka ini anak derhaka. Sanggup
memperlekeh, memaki dan mencaci ibu sendiri semata-mata untuk menjaga hati dan
kepentingan idolanya, Anwar Ibrahim. Apa kaitannya Mak Tom dengan UMNO, apa
kaitannya Mak Tom dengan Datuk Seri Najib, hingga sanggup mereka berulang-ulang
kali mengatakan Mak Tom diperalat UMNO dan Najib.
Ini soal maruah keluarga, ini soal
masalah keluarga kami. Ia tidak ada kena mengena dengan soal politik sebaliknya
Azmin bagaikan cacing kepanasan bila pendedahan Mak Tom dalam TV3 baru-baru ini
bakal mengugat kestabilan dan masa depan politiknya. Jika ianya tidak mengugat
Azmin, tidak mungkin dia akan melenting dan membabitkan Azwan termasuk dalam
memburuk-burukkan dan memaki hamun ibu mereka sendiri,” ujarnya mengulas
kenyataan Azmin yang mengatakan Mak Tom diperalat UMNO dan Datuk Najib selain
kenyataan jahat dan jijik Azwan dalam twitternya sejak kebelakangan ini.
Tambahnya, kedua-dua abangnya ini dah
lupa diri, hanya kerana Anwar Ibrahim. Jika Azmin dalam sebulan dalam bulan
Ramadhan yang lalu, boleh berbuka puasa ke sana, ke sini, habis 1malaysia dia
jelajahi untuk berbuka dengan penyokong-penyokongnya, tetapi dia tidak ada masa
sedikit pun untuk menjenguk makan minum atau berbuka di rumah ibu sendiri.
“Anak jenis apa Azmin ini? Kenapa pula
Azmin dan Azwan nak marahkan TV3, atas laporan yang mereka siarkan baru-baru
ini. Mereka hanya melaporkan sahaja. Azwan pula nampaknya sudah terlupa, di
mana dia bertapak sebelum ini sebelum menempa nama yang gah dalam industry hiburan
tanahair. Dia terlupa, TV3lah yang banyak memberikannya peluang untuk menempa
nama selain mengautkan keuntungan. Kini hari-hari dia mengelar TV3 dengan
gelaran-gelaran yang jijik dan kotor.
Siapa lebih jijik dan kotor? TV3 yang
menyiarkan kisah-kisah masyarakat ataupun mereka (Azmin dan Azwan), anak
derhaka yang langsung tidak menjenguk makan-minum dan kebajikan ibu sendirinya.
Di mana moral mereka sebagai seorang manusia? Jadi sebelum memburukkan dan
menghina orang lain, baik mereka menilai diri mereka sendiri, tanya diri mereka
sendiri di manakah kategori yang layak untuk mereka yang derhaka pada ibunya
sendiri,” ujarnya mengakui Azmin sudah sekian lama tidak menjenguk ibu mereka, Mak
Tom.
Sehubungan dengan itu, Ummi
menasihatkan orang ramai dan masyarakat agar menilai dulu siapa Azmin ini
sebelum terpedaya dengan lagak alim dan baiknya yang hanya berpura-pura sekadar
untuk meraih sokongan politik semata-mata.
“Banyak yang ingin saya perkatakan
mengenai kedua abang kandung saya ini, namun demi menjaga nama baik keluarga,
biar saya pendamkan dulu. Biar masa menentukan, jika mereka terus
memperlekehkan dan menghina Mak Tom, saya akan dedahkan lagi kata-kata nista
yang mereka lemparkan kepada ibu kandung mereka sendiri,” tambahnya lagi. (UMNO-Online)
10:19 AM
ini semua soal EGO....
wubra.blogspot.com