KP1M Mulakan Misi Bantuan Bantu Masyarakat Rohingya



Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) hari ini melancarkan misi bantuan Kemanusiaan ke Myanmar/Bangladesh yang akan bertolak pada 31 Ogos ini. Misi ini akan disertai 45 orang sukarelawan yang terdiri daripada doctor-doktor dari hospital kerajaan dan swasta, sukarelawan dan pihak media.


Pengerusinya, Datuk Abd Azeez Rahim berkata, pasukan peninjau akan berlepas malam ini untuk mendapatkan maklumat, situasi keadaan kem-kem pelarian di sempadan Bangladesh dan Myanmar.

“Pasukan peninjau ini akan diketuai Mohd Farid Hassan, naib Pengerusi KP1M bagi tujuan koordinasi serta membuat persiapan pasutan utama pergi ke Bangladesh untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di khemah-khemah pelarian etnik Rohingya. Bantuan yang akan disalurkan adalah makanan, minuman, ubat-ubatan dan pakaian.

Saya akan mengetuai sendiri pasukan utama yang dijangka akan berlepas pada 31 Ogos ini bersama 40 sukarelawan lain yang terdiri daripada doctor dan pengamal media.  Pasukan ini akan berlepas dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Chittagong, Bangladesh bersama bantuan logistic sebanyak 450 tan berupa makanan, pakaian, minuman dan ubat-ubatan,” ujarnya kepada pemberita selepas melancarkan Misi misi bantuan Kemanusiaan ke Myanmar/Bangladesh di Ibu Pejabat KP1M di sini, hari ini.

Tambahnya, bantuan ini akan ke Pelabuhan Cittagong dengan menggunakan kapal Tentera Laut Di Raja Malaysia, sebaik tiba di Cittagong, pasukan ini akan menggunakan laluan darat ke kem utama di daerah Teknaf yang berada di perbatasan Myanmar.

“Terdapat dua kem utama di bawah naungan UNHCR yang terletak di Kutupalog dan Nayapara, di sempadan Bangladesh dengan jumlah pelarian seramai 30 ribu orang dan terdapat juga kem-kem penempatan yang tidak diiktiraf di sekitarnya dengan jumlah pelarian seramai 100 ribu orang. Di Myanmar juga terdapat 2 buah kem yang terletak di Maungdaw dan Bathidaung, kedua-dua kem ini juga di bawah naungan UNHCR.

Apa yang akan KP1M akan laksakan di kem-kem tersebut ialah pemeriksaan kesihatan, pengagihan keperluan kebersihan diri seperti sabun mandi, ubat dan berus gigi dan sebagainya manakala pek makanan pula berisi beras, gula, susu tepung, teh, kopi, biskut, Maggio, minyak masak dan sardine. Air mineral dan pakaian akan turut diagihkan dalam usaha kita meringankan beban pelarian etnik Rohingya ini,” tambahnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment