Khalid Ibrahim Memperjudikan Nasib Pelajar Unisel - GAPS


Shah Alam – Unisel merupakan bukti bagaimana kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim ini tidak memberikan keprihatinan dalam soal pendidikan.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, contoh pertama ialah bagaimana Asrama Yayasan Selangor dirobohkan oleh kerajaan negeri.

“Contoh kedua apabila UiTM Selangor yang hendak dibangunkan di Serendah, Hulu Selangor tidak diluluskan oleh kerajaan negeri. Seterusnya polemic dalam Unisel menjadikan nasib pelajar dan mahasiswa Unisel dalam keadaan terumbang-ambing.

Persoalannya kini, MB telah memperjudikan nasib dan masa depan anak-anak muda yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi yang dibangunkan dan dibina oleh Barisan Nasional, lebih dari 5 hingga 10 tahun yang lalu. Jadi, adakah ada masa depan untuk anak-anak kita yang belajar di Unisel ini, adakah mereka mampu untuk mencari peluang pekerjaan dengan pelbagai polemik yang melanda, keduanya adakah mereka mampu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi apabila mereka menamatkan pengajian diploma atau ijazah di Unisel nanti,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor.

Tambahnya, ini merupakan satu perkara yang menjadi kekeliruan masyarakat dalam keadaan status Unisel, dalam politicking yang keterlaluan dalam Unisel dan dalam keadaan pentadbiran yang dicampur adukkan dalam politik, akhirnya menjadikan Unisel sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang paling bermasalah di Negara kita sekarang.

“MB telah memperjudikan nasib generasi muda yang sedang belajar di Unisel,” tambahnya.


Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment