Lakonan PAS, DAP dan PKR mengenai
hudud semakin memualkan. Tidak ada apa
di dalam lakonan ini selain dari skrip berbelit yang bermain dengan
kata-kata. Sedangkan, umum sedia maklum
bahawa hudud tetap tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah biar apapun
perkataan yang PAS gunakan untuk menunjukkan kesungguhan mereka ingin
melaksanakannya.
Walaupun PAS cuba mengheret UMNO
dalam kemelut hudud antara mereka dengan DAP, tetapi akhirnya PAS terpaksa juga
berhadapan dengan DAP apabila DAP berterusan menempelak PAS yang mungkir janji
untuk tidak lagi menyebut tentang hudud.
Apapun, kata putus mengenai hudud
pastinya terletak di tangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai ‘bakal’
Perdana Menteri atau Presiden sekiranya PR memenangi PRU kali ini.
Hari ini, Ketua Pembangkang itu
telah pun menegaskan bahawa hudud tiada dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar
serta program jangka panjang PR sekiranya mereka memerintah negara nanti. Alasan Anwar lagi, hudud tidak akan
dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan DAP.
Apa yang kita tahu ialah DAP
tidak akan sekali-kali bersetuju dan sanggup mati dari membiarkan hudud
dilaksanakan, manakala PAS pula sanggup merelakan apa saja asalkan dapat
sehidup semati dengan DAP.
Maka, kesimpulannya, hudud tidak
akan sekali-kali dilaksanakan sekiranya PR memerintah. Noktah.
Justeru, eloklah Nasaruddin, Nik
Abduh, Hadi Awang, Nik Aziz dan semua pemimpin dan penyokong PAS meletakkan
senjata hudud mereka segera. Tak
perlulah dibazirkan air-liur dan tak perlulah menghabiskan masa berdebat di
dalam laman-laman sosial. Kata putus
sudah pun nyata, hentikanlah lakonan yang sia-sia.
0 Komen