Pembangkang Fobia Tema ‘Janji Ditepati” Sebab Mereka Munafik Tak Tunai Janji – Lokman Noor Adam

Tema kemerdekaan kita pada tahun ini ‘Janji Ditepati’, yang menjadi pertikai khususnya dari pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang. 

Mengapa tema ini dipertikai?

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, kalau kita lihat perkataan ‘Janji Ditepati’ itu maknanya kita mempunyai aspirasi untuk menunaikan segala janji yang kita taburkan.

Sekiranya seseorang itu menentang tema yang sebegitu cantik iaitu mengotakan janji, sudah pastilah orang-orang ini terdiri daripada orang yang tidak menunaikan janji.

“Mereka tahu sekiranya kita menggunakan tema menunaikan janji, mereka akan rasa terancam. Bagi saya senang sahaja, kita tak payah cerita tentang 87% daripada janji-janji yang dijanjikan kerajaan BN selama 55 tahun sejak kita merdeka pada tahun 1957, sebaliknya kita cerita 85% janji-janji yang tidak pernah ditunaikan pakatan pembangkang.

Contohnya 2008, sebelum mereka memerintah Selangor, mereka telah mengemukakan janji-janji yang menyebabkan rakyat negeri Selangor yang termakan janji, siapa yang termakan janji-janji yang cukup indah,” ujarnya mengulas kenyataan Menteri besar Selangor bahawa Manifesto PRU12 yang lalu bukanlah janji.

Tambahnya, janji yang diberikan cukup indah contohnya, surirumah yang tidak bekerja dijanjikan akan diberikan elaun setiap bulan RM600. Mana ada surirumah yang duduk di rumah saja tapi dapat RM600? Jadi, mereka membuat keputusan untuk memangkah pakatan pembangkang.

Bagi mereka yang mempunyai anak-anak, dijanjikan mereka yang menghantar anak-anak ke nursery akan diberikan RM75 sebulan. Anak-anak yang dihantar ke tadika, akan diberikan RM50 sebulan, malah kita lihat mereka-mereka yang mempunyai premis perniagaan umpamanya, dijanjikan akan diberikan pemotongan cukai pintu premis perniagaan sebanyak 10%.

“Mereka yang mempunyai rumah pula, dijanjikan pemotongan cukai pintu sebanyak 20%. Tetapi selepas mereka mendapat kuasa, kita lihat apa yang berlaku. Bila mereka mendapat kuasa, akhirnya kita lihat Pengerusi Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu mengatakan bahawa sekiranya kerajaan negeri Selangor melakukan pemotongan cukai 20%, kerajaan negeri akan jatuh bankrupt.

Dengan mudah mereka mengatakan kerajaan negeri akan jatuh bankrupt sekiranya mereka menunaikan janji. Maknanya, ketika mereka menaburkan janji, mereka langsung tidak memikirkan bahawa adakah mereka mampu atau tidak menunaikan janji-janji itu,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, ujarnya ada juga wakil pembangkang dari parti Pas menjanjikan apabila mereka berjaya memerintah Malaysia atau memerintah negeri, mereka akan menghapuskan pusat hiburan. Sekarang, mana dan berapa banyak pusat hiburan mereka hapuskan, di Selangor umpamanya.

“Ketika di zaman pemerintahan BN, 50 tahun kita perintah, 8 Mac 2008 ketika jatuhnya BN di negeri Selangor, mengikut perangkaan Majlis Keselamatan Negara (MKN), jumlah pusat hiburan yang berlesen hanya berjumlah 700 buah.

Tapi kini selepas 4 tahun mereka memerintah, bukan mereka hapuskan, dulu mereka desak kita hapuskan, mereka desak kita tutup kilang arak Carlsberg di Shah Alam, kita lihat di tahun pertama, pada pada 8  Mac 2009 daripada 700 tadi melonjak ke 3800. 8 Mac 2010, melonjak jadi 4500, 2011 melonjak jadi 5817 dan 8 Mac 2012, ianya dah jadi lebih dari 7000 pusat hiburan. Naik berkali ganda berbanding di zaman pemerintahan BN dahulu,” tambahnya.

Jika sebelum ini mereka desak BN menutup kilang arak Carlsberg di Shah Alam, kerana kononnya ia menjadi punya wujud masalah sosial, punca pendapatan haram kerajaan BN Selangor tetapi hari ini kita lihat, 31 Disember 2008, permit kilang arak ini dah tamat, permit rumah-rumah urut, Magnum, Sport Toto dan sebagainya tamat.

Kini, 2009, 2010, 2011 dan 2012 …. Dah 4 tahun Pas, DAP dan PKR jugalah yang telah memperbaharui balik permit-permit premis sarang perjudian, kilang arak dan sebagainya. Jika mereka istiqamah hapuskas arak, judi dan maksiat, mereka boleh buat dengan tidak memperbaharui permit, maka kilang ini akan ditutup. Kenapa tak buat sekarang?

“Ini kerana berjanji dengan mudah, tetapi melaksanakan janji tidak semudah seperti mana kita taburkan. BN mungkin tidak mampu menjanjikan seperti mana yang Anwar Ibrahim dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya mampu janjikan. Kita hanyakan janji yang realistik dan mampu kita laksanakan dan kita mampu buat. Daripada 100 perkara yang kita janjikan, mungkin 87 yang mampu kita laksanakan sekarang tetapi setidak-tidaknya kita berusaha untuk memastikan setiap janji yang kita lontar, kita cuba tunaikan.

Kita ada track record yang cukup jelas. 54 tahun Barisan Nasional memerintah, kita boleh lihat track record BN tetapi baru 4 tahun pakatan pembangkang memerintah beberapa buah negeri khususnya di Selangor, terlalu banyak perkara yang mereka janjikan sehingga ke hari ini masih tidak boleh mereka tepati. Sebab itu mereka begitu fobia bila kita menggunakan janji ditepati sebagai tema kemerdekaan kita pada tahun ini. Kita fikirkan bersama, kenapa mereka cukup takut dengan tema ini,” ujarnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    5:28 PM

    TAK TAU LAH KALAU DORANG TAKSEDAR LAGI

Post a Comment