Agenda ‘Republik Malaysia’ Semakin Ketara


Ramai yang berang dengan sikap keterlaluan puak-puak Pakatan Rakyat yang bukannya meraikan Hari Kemerdekaan, tetapi memperlekeh dan menghina sambutan tersebut.

Dalam himpunan 'Janji Demokrasi' yang diadakan pada malam Merdeka, penyokong-penyokong PR telah bertindak mengenepikan Jalur Gemilang dan sebaliknya sebuah bendera baru mirip Indonesia dan Singapura 'diperkenalkan'. Terdapat juga risalah yang diedarkan untuk mengajak rakyat mengubah Jalur Gemilang kepada bendera baru itu.

Jelas, puak-puak Pakatan Rakyat sudah tidak lagi dapat menyembunyikan pendirian mereka yang selama ini menafikan atau menolak sejarah kemerdekaan negara ini.

Walaubagaimanapun, setelah dicemuh secara meluas, pemimpin-pemimpin PR telah terpaksa menafikan adanya niat untuk menukar bendera Malaysia di pihak mereka.

Namun, penafian semata-mata tidak membawa makna. Sebaliknya, tindakan PR yang sering berupa 'khianat' terhadap negara ini menjadi bukti pupusnya patriotisme di dalam diri mereka.

PR, terutamanya PKR dan DAP banyak berkongsi pendirian yang sama terutama mengenai menghapuskan Institusi Raja-raja atau menubuhkan Republik Malaysia. PAS, walaubagaimanapun, hanyalah pak turut yang bingung, dungu dan tidak tahu apa-apa yang masih beretorik konon ingin membina Negara Islam.

Di kalangan mereka yang celik politik, siapa tidak tahu akan niat Anwar untuk menjadikan negara ini negara Republik. Perkara ini telah pun didedahkan oleh Ummi Hafilda dalam siri-siri ceramahnya dan juga sidang akhbar. Selain itu, Raja Petra Kamaruddin, yang satu ketika dahulu adalah penulis upahan Anwar, sebelum membuat U-turn dan membelasah Anwar, pernah beberapa kali menulis secara berkias mengkritik sistem Beraja, iaitu satu usaha dari pihak Anwar menghasut rakyat mempersoalkan sistem tersebut.

Penentangan DAP terhadap Institusi Raja pula bukanlah sesuatu yang baru. DAP yang selamanya anti Melayu, Islam amat memusuhi Institusi Raja-raja kerana disitulah terdapatnya benteng pertahanan Melayu dan Islam. Beberapa kali, DAP mempergunakan PKR dan PAS untuk mempersoal atau memperleceh titah Sultan dalam memperkatakan isu mengenai Islam.

Kemuncaknya, dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor, PR telah bertindak membelakangkan terus Sultan Selangor.
Inilah bukti kukuh bahawa PR benar-benar ingin menukar negara ini menjadi Republik.

Mencadangkan bentuk bendera yang menyerupai negara-negara jiran kita yang merupakan Republik menunjukkan yang agenda ini telah pun lama berjalan.

Jika kita menyusuri usaha puak-puak ini, kita akan mendapati bahawa mereka ada mewujudkan blog dan portal, buku dan risalah yang bertujuan mengubah sejarah negara ini, terutama mengenai Kemerdekaan. Matlamat mereka ialah mempertikai peranan pejuang-pejuang UMNO/Melayu serta mengiktiraf peranan komunis dalam perjuangan kemerdekaan. Untuk itu, mereka telah menghina askar-askar Melayu, Cina dan India serta orang-orang awam yang telah terkorban dalam pertempuran atau dibunuh kejam oleh komunis.

Tidak sukar untuk kita memahami kenapa pihak PR, terutamanya DAP, cuba membela komunis iaitu kerana generasi dari darah komunis itu enggan menerima hakikat bahawa nenek-moyang mereka adalah petualang dan pembunuh kejam. Sebaliknya, mereka ingin mengubah sejarah menjadikan nenek-moyang mereka yang kejam itu, sebagai wira.

Bukan sejarah mengenai komunis dan kemerdekaan sahaja yang ingin diubah mereka, tetapi juga semua sejarah yang memaparkan pengkhianatan dan kekejaman mereka, contohnya 13 Mei juga, cuba diubah atau dipadam terus.

Masalah tidak dapat menerima hakikat sejarah ini diwarisi atau dipelajari DAP dari PAP Singapura. Kita sedia maklum bahawa Singapura telah pun memadamkan terus sejarah negara itu sebelum kedatangan Sir Stamford Raffles. Secara teknikalnya, sejarah Singapura ditulis kembali seolah-olah ia adalah sebuah pulau yang tidak bertuan, tidak pernah ditemui atau dihuni oleh sesiapa sebelum Raffles.

Kisah bagaimana Temasek, iaitu nama lama Singapura, telah menjadi pelabuhan penting sejak kurun ke 14 ditutup, mungkin kerana ingin memadamkan terus nama-nama yang menunjukkan bangsa penduduk asal seperti Sang Nila Utama, Parameswara atau Iskandar Shah, iaitu Raja terakhir Temasek. Adalah penting bagi PAP untuk menghapuskan nama-nama atau jejak-jejak peradaban atau ketamadunan Melayu lama bagi memberi mereka 'tapak' dan alasan untuk 'menjajah' dan menindas kaum Melayu.

Bagi PAP, imbasan sejarah silam dikhuatiri akan menaikkan semangat cintakan negara yang membawa kepada pemberontakan atau perjuangan ke arah kemerdekaan bagi menuntut kembali tanahair yang telah tergadai.

Atas tujuan yang sama, PR cuba menanam sifat memandang remeh terhadap kemerdekaan negara di kalangan rakyat di Malaysia. Himpunan Janji Demokrasi yang diadakan mereka sebenarnya membawa matlamat ini. Sedarlah bahawa matlamat mereka untuk mengikut jejak langkah Singapura dengan menenggelamkan sejarah Melayu lama bukanlah cakap-cakap kosong. Sesungguhnya, mereka telah lama berusaha ke arah itu, dengan dibantu oleh Melayu-melayu pengkhianat di dalam PKR dan Melayu-melayu dungu di dalam PAS.

Justeru, bendera 'baru' Malaysia yang dikibarkan PR bukan isu remeh, ia sebenarnya membawa agenda yang jauh lebih besar dan bahaya, jika kita semua sanggup mengambil sedikit masa untuk memikir dan mengkaji sejarah, sikap dan tindakan DAP/PKR selama ini. PAS? Abaikan saja … parti ini akan menurut apa saja, asalkan dapat bergandingan bersama ke Putrajaya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone (BB)
















Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    5:22 PM

    Orang Melayu kini sudah lupa daratan, sudah tidak sedar diri, sudah tidak kenal asal usul dan tidak pedulikan bangsa sendiri, mereka terpesona dengan pelbagai idealism yang tidak berpijak di bumi nyata. Mereka ini memburukkan dasar-dasar kerajaan kerana mereka telah berjaya yang juga melalui dasar kerajaan yang diburukan itu jugalah. Lihatlah apabila orang Melayu sendiri mempertikaikan dasar keistimewaan bumiputera, itu mencerminkan betapa mereka ini tidak sensitif dan tidak peduli akan nasib bangsa sendiri yang perlu dibantu, mereka ini juga tidak sedar bahawa kerana dasar keistimewaan bumiputera itu jugalah mereka menjadi berjaya seperti sekarang ini, misalnya berkenaan kuota pelajar di universiti, jika kerajaan dari dahulu lagi tidak mengadakan kuota pelajar di universiti untuk golongan bumiputera, mereka yang hina dasar tersebut juga akan gagal untuk mendapat tempat belajar di universiti dan mereka juga akan tidak dapat untuk berjaya seperti sekarang. Janganlah kerana telah berjaya, maka jadi lupa daratan, orang sebegini jenis yang tidak peduli kepada bangsanya, dia hanya pentingkan diri sendiri sahaja.


    Orang bumiputera terutamanya orang Melayu perlu berubah sikap, perlu bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan, kerana ini adalah seruan dari Islam sendiri, kerana dalam azan pun, selepas laungan marilah menunaikan solat, maka kemudiannya laungan marilah menuju kejayaan. Orang bumiputera dikalangan umat Islam sendiri bercakap itu ini berkenaan agama, tetapi mereka tidak melihat dengan mendalam apa yang dituntut oleh agama, mereka sibuk pasal hudud, tetapi mereka berbuat sesuka hati dalam melaksanakan hudud tanpa mempertimbangkan faktor-faktor lain dalam negara ini yang perlu diambil perhatian dan tindakan penyelesaian terlebih dahulu sebelum hudud dilaksanakan.

    Orang Melayu dengan sinis menuduh kerajaan gagal untuk menjayakan orang Melayu, tetapi orang Melayu sendiri yang tidak sedar diri bahawa mereka sendirilah yang menggagalkan diri sendiri. Saya menyatakan sebegini kerana sejak kita meperoleh pemerintahan sendiri dalam tahun 1957, bermacam-macam usaha kerajaan untuk memajukan orang Melayu dan bumiputera lainnya, tetapi usaha ini tidak dihargai oleh orang Melayu sendiri, bantuan yang diberikan tidak digunakan dengan betul, mereka jual bantuan yang diberikan kepada orang lain, apabila mereka gagal, mereka menuding jari kepada kerajaan sedangkan mereka sepetutnya menyalahkan diri sendiri yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan kerajaan kerugian memberikan bantuan kepada orang tidak amanah seperti mereka ini.

    Dalam konteks untuk memperkasakan orang Melayu dalam ekonomi, banyak usaha dicurahkan oleh kerajaan, tetapi biasalah, orang Melayu jenis sambil lewa, jenis tidak endah, jenis berdengki sesama bangsa, misalnya dalam konteks bantuan perniagaan yang diberikan oleh kerajaan, jika seseorang itu berjaya kerana bersungguh-sungguh, maka orang yang gagal kerana jenis tidak amanah seperti di atas akan dengki dengan kejayaan orang yang berjaya itu, berbagai tohmahan dilemparkan, kroni, rasuah dan sebagainya, ini hanya akan membunuh kedudukan orang Melayu dalam ekonomi apabila kejayaan orang Melayu dalam ekonomi tidak dicontohi, tetapi dikhianati akibat dengki pula, ini adalah sikap yang sangat tidak bertanggungjawab sama sekali.

    Tun Dr. Mahathir kerap menasihati orang Melayu supaya lebih bersungguh-sungguh dalam menjayakan diri sendiri dan bangsa, tetapi orang Melayu ramai yang tidak penduli dengan saranan ini, mereka lebih seronok berpolitik tak tentu arah siang dan malam, sibuk berhibur-hibur tanpa arah tujuan hingga merosakkan diri sendiri seperti lumba haram, berzina, menagih dadah dan macam-macam perkara negatif yang lain. Orang Melayu jika ini berjaya perlu berusaha bersungguh-sungguh, tiada cara lain lagi, memanglah Allah menentukan takdir manusia, tapi Allah tidak zalim menidakkan kesungguhan seseorang itu untuk berjaya, insyaAllah, kita akan berjaya jika berusaha.

    Sekian, terima kasih.

    Encik Mohamad.

Post a Comment