Berikut adalah komen salah seorang pembaca artikel ‘Agenda
Republik Malaysia Semakin Ketara’. Pada pandangan SG, komen ini harus dilihat
positif dan dinilai… maka SG mengambil keputusan untuk menyiarkan komen pembaca
yang menamakan dirinya En. Mohamad.
*****
Orang Melayu kini sudah lupa daratan, sudah tidak sedar diri,
sudah tidak kenal asal usul dan tidak pedulikan bangsa sendiri, mereka
terpesona dengan pelbagai idealism yang tidak berpijak di bumi nyata. Mereka
ini memburukkan dasar-dasar kerajaan kerana mereka telah berjaya yang juga
melalui dasar kerajaan yang diburukan itu jugalah.
Lihatlah apabila orang Melayu sendiri mempertikaikan dasar
keistimewaan bumiputera, itu mencerminkan betapa mereka ini tidak sensitif dan
tidak peduli akan nasib bangsa sendiri yang perlu dibantu, mereka ini juga
tidak sedar bahawa kerana dasar keistimewaan bumiputera itu jugalah mereka
menjadi berjaya seperti sekarang ini, misalnya berkenaan kuota pelajar di
universiti, jika kerajaan dari dahulu lagi tidak mengadakan kuota pelajar di
universiti untuk golongan bumiputera, mereka yang hina dasar tersebut juga akan
gagal untuk mendapat tempat belajar di universiti dan mereka juga akan tidak
dapat untuk berjaya seperti sekarang.
Janganlah kerana telah berjaya, maka jadi lupa daratan, orang
sebegini jenis yang tidak peduli kepada bangsanya, dia hanya pentingkan diri
sendiri sahaja.
Orang bumiputera terutamanya orang Melayu perlu berubah sikap,
perlu bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan, kerana ini adalah seruan dari
Islam sendiri, kerana dalam azan pun, selepas laungan marilah menunaikan solat,
maka kemudiannya laungan marilah menuju kejayaan.
Orang bumiputera dikalangan umat Islam sendiri bercakap itu ini
berkenaan agama, tetapi mereka tidak melihat dengan mendalam apa yang dituntut
oleh agama, mereka sibuk pasal hudud, tetapi mereka berbuat sesuka hati dalam
melaksanakan hudud tanpa mempertimbangkan faktor-faktor lain dalam negara ini
yang perlu diambil perhatian dan tindakan penyelesaian terlebih dahulu sebelum
hudud dilaksanakan.
Orang Melayu dengan sinis menuduh kerajaan gagal untuk menjayakan
orang Melayu, tetapi orang Melayu sendiri yang tidak sedar diri bahawa mereka
sendirilah yang menggagalkan diri sendiri. Saya menyatakan sebegini kerana
sejak kita meperoleh pemerintahan sendiri dalam tahun 1957, bermacam-macam
usaha kerajaan untuk memajukan orang Melayu dan bumiputera lainnya, tetapi
usaha ini tidak dihargai oleh orang Melayu sendiri, bantuan yang diberikan
tidak digunakan dengan betul, mereka jual bantuan yang diberikan kepada orang
lain, apabila mereka gagal, mereka menuding jari kepada kerajaan sedangkan
mereka sepetutnya menyalahkan diri sendiri yang tidak amanah dan tidak
bertanggungjawab hingga menyebabkan kerajaan kerugian memberikan bantuan kepada
orang tidak amanah seperti mereka ini.
Dalam konteks untuk memperkasakan orang Melayu dalam ekonomi,
banyak usaha dicurahkan oleh kerajaan, tetapi biasalah, orang Melayu jenis
sambil lewa, jenis tidak endah, jenis berdengki sesama bangsa, misalnya dalam
konteks bantuan perniagaan yang diberikan oleh kerajaan, jika seseorang itu
berjaya kerana bersungguh-sungguh, maka orang yang gagal kerana jenis tidak
amanah seperti di atas akan dengki dengan kejayaan orang yang berjaya itu,
berbagai tohmahan dilemparkan, kroni, rasuah dan sebagainya, ini hanya akan
membunuh kedudukan orang Melayu dalam ekonomi apabila kejayaan orang Melayu
dalam ekonomi tidak dicontohi, tetapi dikhianati akibat dengki pula, ini adalah
sikap yang sangat tidak bertanggungjawab sama sekali.
Tun Dr. Mahathir kerap menasihati orang Melayu supaya lebih
bersungguh-sungguh dalam menjayakan diri sendiri dan bangsa, tetapi orang
Melayu ramai yang tidak penduli dengan saranan ini, mereka lebih seronok
berpolitik tak tentu arah siang dan malam, sibuk berhibur-hibur tanpa arah
tujuan hingga merosakkan diri sendiri seperti lumba haram, berzina, menagih
dadah dan macam-macam perkara negatif yang lain. Orang Melayu jika ini berjaya
perlu berusaha bersungguh-sungguh, tiada cara lain lagi, memanglah Allah
menentukan takdir manusia, tapi Allah tidak zalim menidakkan kesungguhan
seseorang itu untuk berjaya, insyaAllah, kita akan berjaya jika berusaha.
Sekian, terima kasih.
Encik Mohamad.


0 Komen
Post a Comment