Bajet Bayangan Pakatan Hanya Sekadar Janji Bulan Dan Bintang


Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini menganggap  status bajet bayangan pakatan pembangkang ini sebagai bajet bohong.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, ini serupa dengan manifesto pilihanraya ke-12 mereka, juga bohong!  Mereka menjanjikan bulan dan bintang dalam manifesto mereka namun mereka tak laksanakan.

“Bila didesak oleh Rakyat untuk laksanakan janji manifesto, MB Selangor  kata manifesto mereka tak perlu dilaksanakan kerana ianya bukan perjanjian. Dalam Islam orang yang tidak menunaikan janjinya bergelar munafiq.

Sehubungan dengan itu, GAPS mencabar Anwar melaksanakan tiga perkara yang disebut dalam manifesto mereka dalam masa 30 yang kehadapan ini iaitu turunkan cukai pintu 20% seperti yang disebut dalam manifesto mereka.

Anwar juga sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor juga harus memberikan 20m3 air percuma kepada semua rumah di Selangor seperti yang mereka janjikan dalam manifesto mereka selain memberikan pendidikan percuma kepada semua pelajar Universiti Selangor (Uniesel) seperti yang mereka uar-uarkan untuk menghapuskan PTPTN,” ujarnya dalam satu kenyatan kepada media hari ini.

Ujarnya, kalau tiga perkara ini tidak dilaksanakan dalam masa 30 hari, GAPS akan nobatkan Anwar sebagai Bapa Pembohong Negara ataupun Bapa Munafiq Negara.

Terdahulu, Pakatan pembangkang membentangkan bajet mereka di bangunan Parlimen, semalam.  Bajet itu dibentangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri kepemimpinan tertinggi pembangkang bertemakan “Ekonomi rakyat, negara berkat”.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.