Tidak cukup dengan bas mewah, Pakatan Rakyat kini mempamerkan jet
mewah pula dalam usaha mereka ‘mendekati’ rakyat marhaen.
Jika dulu PR sering menuduh pemimpin BN suka bermewah dan
membazir, dan sering menonjolkan imej pemimpin mereka sebagai zuhud, merendah
diri dan berjimat cermat. Tetapi hari
ini, itu semua hanya tinggal ‘kenangan’ kerana jelas pemimpin PR adalah jauh
lebih mewah dari BN.
Pemimpin BN diperuntukkan segala kemudahan oleh kerajaan, dan
bukannya dengan menggunakan wang persendirian.
Begitupun, tiada pemimpin BN yang sebegitu mewah, termasuk Perdana
Menteri sendiri.
Sebenarnya, kemewahan pemimpin PR, terutamanya Anwar Ibrahim
bukanlah sesuatu yang rahsia. Melihat
dari cara hidup dan jumlah kunjungan beliau ke luar negara dalam setahun atau
sebulan, tidak salah untuk dikatakan bahawa kemewahannnya adalah setanding atau
lebih hebat dari seorang Ketua Negara.
Mungkin Anwar yang dilaporkan hampir gila kerana tidak
tertahan-tahan ingin menjadi Perdana Menteri sudah tidak sanggup lagi untuk
berpura-pura. Beliau yang menjadi mewah
secara mendadak, sejurus selepas menjawat jawatan di dalam kerajaan suatu
ketika dahulu, tidak mampu lagi untuk menutup citarasanya ke arah kehidupan
yang mewah secara melampau.
Justeru, beliau sudah berminat lagi untuk menonjolkan imej zuhud
yang dipakainya sebelum ini, tetapi mula menunjukkan warna dirinya yang sebenar
kepada rakyat iaitu seorang yang penuh gaya dan bercitarasa tinggi. Tentu sekali, sebagai sahabat kepada
tokoh-tokoh Zionis yang menguasai dunia, Anwar perlu membawa imej yang sesuai
dengan kedudukannya.
Khabarnya, jet tersebut disewa dari sebuah syarikat di Amerika
Syarikat untuk digunakan khas bagi Anwar melawat Sabah, Sarawak dan
Labuan. Turut bersama Anwar ialah Tian
Chua dan beberapa pemimpin PR lain, termasuk Bendahari parti PAS.
Nampaknya, Anwar benar-benar ingin menjalani kehidupan sebagaimana
dirasakan ‘layak’ buat dirinya iaitu sebagai seorang yang sepatutnya menjadi
ketua negara. Pastinya, lawatan ke
Sabah, Sarawak dan Labuan begitu penting bagi Anwar sehinggakan kos sewaan dan
segala perbelanjaan sampingan yang pastinya mencapai ratusan ribu kalaupun
tidak jutaan ringgit tidak menjadi soal baginya.
Atau mungkin juga, kos setakat itu hanyalah ‘di celah gigi’ saja
baginya..
Dengan kemewahan Anwar dan PR yang melampau ini, dengan sendirinya
segala fitnah mereka terhadap Datin Seri Rosmah yang kononnya suka bermewah dan
membazir sudah tidak relevan lagi.
Kini, PR tidak punya kredibiliti lagi untuk mencipta isu harga beg
tangan atau cincin isteri Perdana Menteri, atau mempersoalkan keluarga Perdana
Menteri membeli belah atau kos satu-satu majlis peribadi.
Sedangkan di pihak PR sendiri, belum pun mendapat kuasa, jurang
antara pemimpin PR dengan rakyat sudah begitu jauh sekali dan begitu
ketara.
Tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya jika Anwar dan PR
benar-benar berkuasa. Agaknya, apakah
jenis istana yang bakal didirikan mereka, yang pastinya lengkap dengan sistem
keselamatan tercanggih ala Israel.
Majlis-majlis keluarga mereka juga tentunya setanding dengan Presiden
Amerika Syarikat layaknya dan mungkin dihadiri oleh artis-artis Hollywood juga.
Tidak mampu rasanya walaupun hanya untuk membayangkan berapakah
agaknya kos bagi merealisasikan ‘kehidupan di atas kayangan ini?’
Cakap-cakap di laman sosial kini berbunyi, jika PR selama ini
memburukkan kerajaan atas alasan ‘membazir’, maka apakah menyewa jet mewah
tersebut tidak membazir? Apakah Anwar
itu terlalu tinggi kedudukannya sehingga tidak layak untuk menaiki kapal
terbang biasa? Kenapa perlukan sebuah
jet? Apa sebenarnya yang Anwar ingin
buktikan atau tunjukkan kepada rakyat atau musuhnya?
Rakyat wajar meneliti sifat suka bermewah dan membazir pemimpin PR
dengan lebih serius.
Jika PR diberi mandat, negara ini tidak mungkin mampu membiayai
cara hidup mereka yang setanding pemimpin kuasa besar dunia. Apatah lagi jika segala janji-janji Buku
Jingga ditunaikan di mana tol dihapuskan, hutang PTPTN dihapuskan, royalti
minyak dinaikkan bagi negeri pengeluar minyak dan lain-lain janji manis lagi,
yang mana pasti menyebabkan pendapatan negara berkurangan secara mendadak, maka
bagaimana agaknya pemimpin-pemimpin ini akan memastikan cara hidup mewah mereka
kekal?
Tentulah dengan cara membalikkan semua kos tersebut kepada
pengguna a.k.a rakyat melalui cukai perkhidmatan dan barangan. Akhirnya, yang untung ialah golongan peniaga
dan kaya, serta pemimpin PR. Dan yang
menanggung sengsara adalah rakyat marhaen sekalian.
0 Komen