Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini
menganggap status bajet bayangan pakatan
pembangkang ini sebagai bajet bohong.
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, ini serupa dengan
manifesto pilihanraya ke-12 mereka, juga bohong! Mereka menjanjikan bulan dan bintang dalam
manifesto mereka namun mereka tak laksanakan.
“Bila didesak oleh Rakyat untuk laksanakan janji manifesto, MB
Selangor kata manifesto mereka tak perlu
dilaksanakan kerana ianya bukan perjanjian. Dalam Islam orang yang tidak
menunaikan janjinya bergelar munafiq.
Sehubungan dengan itu, GAPS mencabar Anwar melaksanakan tiga
perkara yang disebut dalam manifesto mereka dalam masa 30 yang kehadapan ini
iaitu turunkan cukai pintu 20% seperti yang disebut dalam manifesto mereka.
Anwar juga sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor juga harus
memberikan 20m3 air percuma kepada semua rumah di Selangor seperti yang mereka
janjikan dalam manifesto mereka selain memberikan pendidikan percuma kepada
semua pelajar Universiti Selangor (Uniesel) seperti yang mereka uar-uarkan
untuk menghapuskan PTPTN,” ujarnya dalam satu kenyatan kepada media hari ini.
Ujarnya, kalau tiga perkara ini tidak dilaksanakan dalam masa 30
hari, GAPS akan nobatkan Anwar sebagai Bapa Pembohong Negara ataupun Bapa
Munafiq Negara.
Terdahulu, Pakatan pembangkang membentangkan bajet mereka di
bangunan Parlimen, semalam. Bajet itu
dibentangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut
dihadiri kepemimpinan tertinggi pembangkang bertemakan “Ekonomi rakyat, negara
berkat”.
10:55 PM
8vCqz ghd hair
sUlr michael kors handbags outlet
iLep ghd nz sale
8pFto ugg uk
9yNon cheap ghd straighteners
7:10 PM
6mBpz ghd australia
lEgn cheap uggs
oKsm michael kors sale
8zBsk GHD
2eNgm burberry store
4eKrv ugg france
3zLde ghd hair straighteners
6yDzf louis vuitton sale
0sDek michael kors outlet
9vIpb ghd sale uk
1bRig cheap ugg boots
8nOeo discount nfl jerseys
8vNfu michael kors sale
1bAab Lisseur GHD
6uLxv ugg boots sale