Jet Peribadi: Anwar Jangan Sembunyikan Kebenaran - Wee


Isu penggunaan jet peribadi oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk ke Sabah dan Sarawak, bukanlah satu isu besar, tapi janganlah mainkan diri kita memberikan gambaran bahawa kita tidak ada dana, kita ini dari golongan marhaen dan sebagainya, ujar Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

Tambahnya, selepas perkara ini didedahkan, kita perlulah mengakui dan memberikan penjelasan, jangan pula nak sembunyikan kebenaran.

“Apa yang kita nampak sekarang ini, isu ini sampai sekarang siapa yang bayar, siapa yang mempunyai jet peribadi ini, masih tidak didedahkan dan diberi penjelasan. Apa salahnya keluarkan fakta-faktanya. Kalau benda ini tak salah, mengapa nak sembunyikannya.

Kalaulah kita yang selalu mempertikai Perdana Menteri menggunakan jet peribadi kerajaan untuk tugas-tugas beliau, sekarang kita juga sama. Bukankah ini merupakan cakap tak serupa bikin. Inilah persoalannya, tak konsisten,” ujarnya mengulas penggunaan jet peribadi oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya ke Sabah dan Sarawak baru-baru ini.

Tambahnya, kalau kita (Anwar Ibrahim) nak menggunakan jet peribadi, kita janganlah pertikai orang lain. Dia hanya nak cari pasal, nak mempolitikkan semua isu namun dalam masa yang sama, dia lagi teruk dari apa yang diperkatakannya selama ini.

Dalam masa yang sama, Wee turut menempelak Anwar Ibrahim yang sering mengajak rakyat khususnya untuk berkorban apa sahaja, tapi prinsip yang diperkatakannya hanya indah khabar dari rupa.

“Jadi macammana kita ada seorang yang mempunyai impian nak ke Putajaya, inilah tingkah laku seorang pemimpin untuk ‘Putrajaya At All Coast,” tambahnya lagi.


**** Pembetulan: Coast - Cost (Terima kasih buat sahabat yang menegur)
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.