Jet Peribadi: Sewa, Taja Atau Pinjam? Rakyat Tuntut Ketelusan


Belum pun memerintah, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup yang menyaingi pemimpin di negara maju, lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana.  

Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa.  Sekali pandang tampak benar-benar seperti pemimpin negara pertama. 

Jika PR ditakdirkan menjadi pemerintah tentunya Putrajaya dan Seri Perdana akan dilengkapi dengan sistem keselamatan setanding White House dengan teknologi dari Israel.  Keluarga pemerintah, menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan juga pasti akan dibekalkan dengan beberapa orang pengawal keselamatan juga.  Pendek kata, rakyat tidak lagi dapat mendekati pemimpin sepertimana kebiasaan di masjid, mahupun di Hari Raya atau di bazaar Ramadhan di mana kita biasa bertemu dengan Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri. 

Kita boleh membayangkan keadaan Malaysia di bawah PR dengan kehidupan pemerintah bagaikan pemimpin kuasa besar tetapi rakyat dipaksa hidup di tahap dunia ketiga bagi menampung kos kepimpinan yang serba canggih. 

Senario ini semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di laman sosialnya.  Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena menyambut Hari Malaysia. 

Jelas bahawa Tian Chua bukanlah seorang yang cerdik kerana tidak mampu menilai kesan gambar tersebut kepada politik PR.  Jelas juga bahawa Anwar dan seluruh kepimpinan PR juga tidak cerdik dan terus melatah apabila diasak dengan persoalan mengenai jet peribadi itu.  Kalau mereka cerdik, tentu mereka tidak dipilih sebagai ‘barua’ oleh pihak tertentu.

Justeru, Anwar, Tian Chua dan Nurul Izzah masing-masing memberi jawapan berbeza.  Itu belum lagi ditanya kepada pemimpin PR yang lain, kerana jika 10 orang ditanya, maka tidak mustahil 10 jawapan berbeza yang akan kita terima. 

Kata Anwar, jet tersebut adalah ditaja oleh ‘kenalannya’.  Nurul Izzah pula berkata ia dipinjamkan tetapi Tian Chua pula terlebih dahulu menyatakan yang ianya disewa.   Mungkin kenyataan Tian Chua lebih tepat kerana Datuk Mohd Taufik Omar, Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat beliau menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu kepada Anwar, dengan kos yang dirahsiakan. 

Kos menyewa jet mewah tentunya mahal.  Walaupun Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya ‘murah’ tetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci invois, resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya tidak dibentangkan. 

Jika wang sewaan dikeluarkan dari poket Anwar sendiri, maka Anwar perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang begitu banyak.  Jika dari poket kerajaan negeri Selangor, maka Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa wang rakyat Selangor digunakan untuk politik parti PKR.   Dan begitulah seterusnya, sepatutnya. 

Jika ianya ditaja, iaitu dibayar oleh pihak lain seperti kata Anwar, maka Anwar bertanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan penajanya.  Apatah lagi apabila telah terbukti yang PKR atau PR melalui SUARAM ada menerima dana dari Yahudi Zionis dan George Soros.   Untuk ini, Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang turut berada dalam jet berkenaan wajib menjelaskan kepada penyokong PAS dan rakyat sekalian tentang sumber penajaan jet tersebut.  Kita ingin pastikan yang ianya bukan diambil dari Yahudi, Soros atau tabung ‘tin milo’ yang disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS. 

Begitu juga jika ianya dipinjamkan, bak kata Nurul Izzah.  Rakyat perlu tahu siapakah yang begitu baik hati, pemurah lagi kaya raya untuk meminjamkan sebuah jet mewah kepada papanya.  Sebagai pemimpin parti yang lantang melaungkan ketelusan dan integriti, Nurul Izzah wajib menyatakan siapakah peminjamnya bagi mengenepikan segala keraguan tentang berlakunya rasuah atau kes ‘terhutang budi’ yang begitu hebat, setimpal dengan harga penggunaan jet berkenaan. 

Kita tidak faham kenapa begitu sukar bagi PR untuk menangani persoalan mudah mengenai jet ini.  Jika pinjaman atau tajaan atau sewaan jet berkenaan adalah mengikut prosedur dengan sumber kewangan yang sah dan halal, kenapa PR perlu ‘malu-malu’ untuk bersikap telus?  Apakah yang ingin dan perlu disembunyikan mereka sehingga begitu gelabah dan memberi jawapan berbeza? 

Dan kenapa penyokong-penyokong PR tidak mempersoalkan perkara ini secara terperinci?  Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak PR?   Jika pemimpin BN bermewah, bukan main lagi dikutuk mereka, tetapi apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau diragui, segalanya menjadi tidak apa pula.  

Seharusnya, penyokong-penyokong PR bangkit bersama dengan seluruh rakyat Malaysai menuntut PR menjelaskan isu jet peribadi ini dengan terperinci lengkap dengan dokumen-dokumen bukti bagi menepati perjuangan mereka menuntut kerajaan yang bersih, telus, adil dan berintegriti (BB)
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

24 Komen

  1. Anonymous
    4:05 AM

    buy tramadol online tramadol for dogs dosage by weight - buy tramadol online next day delivery

  2. Anonymous
    11:58 AM

    buy tramadol online tramadol 100mg dose - can you buy tramadol online

  3. Anonymous
    8:12 PM

    tramadol 50mg ultram side effects itching - long does tramadol overdose take

  4. Anonymous
    11:00 PM

    xanax online xanax side effects menstrual cycle - xanax bars 039

  5. Anonymous
    2:32 AM

    buy tramadol online buy tramadol medication - tramadol 50mg capsules dosage

  6. Anonymous
    2:59 PM

    cheap xanax what is xanax drug for - xanax dosage how supplied

  7. Anonymous
    8:57 PM

    buy tramadol online ultramadol us tramadol buy - tramadol hcl usp

  8. Anonymous
    11:48 AM

    carisoprodol 350 mg carisoprodol msds - carisoprodol 350 mg and xanax

  9. Anonymous
    10:48 AM

    buy tramadol online discount tramadol no prescription - cloridrato de tramadol 100mg

  10. Anonymous
    6:03 PM

    tramadol generic can you buy tramadol online in usa - buy tramadol usa next day delivery

  11. Anonymous
    10:02 AM

    buy tramadol online can you buy tramadol usa - can you order tramadol

  12. Anonymous
    3:05 AM

    buy tramadol online tramadol 50 mg with ibuprofen - tramadol 50 mg long does last

  13. Anonymous
    2:03 AM

    buy cialis online reputable online pharmacy cialis - buy+cialis+online+without+prescription+in+usa

  14. Anonymous
    11:52 AM

    buy tramadol saturday delivery tramadol hcl liver damage - tramadol hcl gluten

  15. Anonymous
    2:02 PM

    learn how to buy tramdadol tramadol hcl 100 mg - tramadol 50 mg during pregnancy

  16. Anonymous
    6:56 PM

    buy tramadol buy tramadol paypal - buy tramadol rx

  17. Anonymous
    12:30 AM

    buy tramadol online no prescription overnight tramadol 50mg kapslar - is tramadol hcl 50 mg extended release

  18. Anonymous
    1:54 PM

    tramadol 50 tramadol for dogs whining - tramadol hcl 50 mg get you high

  19. Anonymous
    8:43 AM

    http://bayshorechryslerjeep.com/#2mg xanax withdrawal 0.5 mg - what is xanax high like

  20. Anonymous
    8:34 PM

    http://bayshorechryslerjeep.com/#8193 xanax side effects night sweats - how much does generic xanax cost at walmart

  21. Anonymous
    8:42 AM

    buy tramadol cheap online order tramadol overnight - tramadol no rx

Post a Comment