NGO hak asasi, Suaram tidak senang duduk sejak pendedahan bahawa
pertubuhan tersebut telah menerima RM2.4 juta daripada dua dana asing itu Open
Society Institute (OSI) dan National Endowment for Democracy antara tahun 2005
hingga 2011.
OSI di miliki oleh George Soros, penyangak matawang berbangsa
Yahudi Poland yang pernah memporak perandakan ekonomi negara-negara Asia
Tenggara pada tahun 1997.
Serangan matawang negara-negara rantau membolehkan Soros menggaut keuntungan berbilion dolar di
atas kesengasaraan beratus juta rakyat serta keruntuhan struktur sosial dan
kewangan negara terbabit.
Kesannya masih dirasai sehingga sekarang di negara seperti
Indonesia, Filipina dan Thailand yang masih dibebani hutang daripada Tabung
Kewangan Antarabangsa (IMF).
Orang yang samalah membiayai kegiatan Suaram untuk menghentam dan
mengkritik kerajaan melalui entiti korporatnya, Suara Inisiatif Sdn Bhd.
NED pula berkait dengan golongan Neocons yang menjadi sahabat
karib Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Puak Neocons inilah yang berkuasa disekeliling George W. Bush
ketika beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat dam merekalah yang mendalangi
keputusan pentabbiran Bush untuk menyerang dua negara Islam pada 2003 iaitu
Afghanistan dan Iraq.
Ratusan ribu umat Islam di kedua buah negara samada mati atau
cedera akibat peperangan yang mana mereka tidak ada sangkut paut langsung.
Kerosakan dan kerugian yang ditanggung pula oleh negara yang
diserang sehingga kini payah di nilai dalam wang ringgit kerana terlalu dahsyat
kemusnahan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat.
NED juga menyalur wang kepada Suaram supaya NGO itu antara lain
boleh melaksanakan agenda membawa isu pembelian kapal selam Scorpene oleh
kerajaan Malaysia kepada mahkamah Perancis.
Kini Suaram dalam keadaan tertekan kerana pertalian rapatnya
dengan dana asing yang membawa agenda yang boleh mengancam kedaulatan dan
keselamatan negara telah dibongkar oleh media.
Dalam situasi seperti cacing kepanasan, Suaram bertindak untuk
menyaman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob kerana mendakwa beliau campur tangan dalam proses
penyiasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap badan itu.
Satu tindakan yang dilihat 'desperate' dan tidak logik kerana
sememangnya SSM berada di bawah pengawasan dan bidang kuasa menteri tersebut.
Untuk menunjukkan bahawa ia mempunyai besar di peringkat
antarabangsa, Suaram mengheret 56 NGO tempatan dan antarabangsa untuk
menyatakan sokongan kepadanya dan menuntut kerajaan menghentikan penganiayaan terhadap sekiti
mereka itu.
Sekiranya Suaram tidak bersalah dan yakin dana yang diterima dari
Soros dan NED adalah bersih daripada segala muslihat dan agenda tersembunyi
maka tidak perlu mendapatkan sokongan luar taua terpekik terlolong mendakwa
mereka di aniaya kerajaan.
Besar kemungkinan kesemua 59 NGO yang datangnya dari Nepal,
Afghanistan, Indonesia, Kemboja, Pakistan, Filipina, Australia, China dan Korea
Utara juga bertuankan Soros dan kumpulan Neocons yang berpusat di washington.
Tidak cukup dengan itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula
mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) melindungi Suaram daripada
'gangguan' kerajaan.
Mengapa Kit Siang beriya-iya benar memihak kepada Suaram apabila
mengetahui NGO itu terang-terangan menerima pembiayaan asing?
Sedikit penyelidikan akan menemukan kaitan rapat antara Suaram,
Anwar dan DAP.
PKR yang diterajui oleh Anwar sudah dikuasai unsur sosialis, DAP
pula memang berkiblat kepada fahaman sosialisme sejak ditubuhkan manakala
Suaram pula dipimpin oleh individu sosialis sama yang berselindung di sebalik
PKR seperti Tian Chua, Elizabeth Wong dan R. Sivarasa.
Mungkin kerajaan Malaysia melihat dan mendapat pelajaran cara mana
Presiden Rusia, Vladimir Putin mengajar organisasi seperti Suaram yang
bersembunyi disebalik slogan hak asasi di negaranya.
Semasa menyambut kemenangannya dalam pilihan raya presiden Mach
lalu, Putin mengambil keputusan mengusir keluar USAID (United States Agency for
International Development), sebuah badan yang didokong oleh Jabatan Negara
Amerika Syarikat kerana di dakwa mengancam kedaulatan negara Rusia.
Ini terbukti apabila Putin mengatakan USAID membiayai badan-badan
bukan kerajaan di Rusia yang kononnya memperjuangkan hak asasi rakyat seperti
juga kes Suaram di Malaysia.
Rupa-rupa badan-badan tersebut secara senyap menghasut rakyat
Rusia supaya memberontak dan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran
semasa kempen pilihan raya dengan tujuan untuk menghalang kemenangan Putin.
Di Malaysia juga kes sama berlaku di mana Suaram bersama-sama NGO
yang sekepala dengannya dan dibiayai daripada sumber yang sama mengadakan
beberapa siri demonstrasi yang berakhir dengan rusuhan jalanan seperti Bersih
1.0 dan 2.0 serta Himpunan Janji Bersih, Himpunan Anti ISA, demonstrasi Air
Selangor dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh ditakrif sebagai anti
kerajaan dan mengancam keselamatan negara.
Kalau Rusia tendang keluar USAID yang menjadi dalang kekacauan di
Rusia mungkin juga Malaysia boleh mengambil tindakan yang sama terhadap NGO-NGO
balaci kuasa asing ini sebelum mereka menjadi lebih melampau. (BB)
0 Komen