Kerajaan Selangor Tidak Hormati Kedaulatan Institusi Raja – Noh Omar


Tidak seperti Barisan Nasional (BN), pembangkang memandang rendah kedaulatan institusi beraja negara termasuk dalam acara membabitkan sultan dan rakyat, kata Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berhari raya bersama rakyat Selangor telah dihebahkan kepada umum termasuk pihak istana.

"Ini menunjukkan perbezaan bahawa kita menyokong penuh Rukun Negara dan menghormati dan setia kepada raja.

"Tetapi pembangkang pula buat sambutan kemerdekaan di peringkat negeri dan jadikan sambutan itu gelanggang politik, mempergunakannya untuk tujuan politik sehingga sanggup tidak menjemput sultan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Jamuan Aidilfitri BN Selangor di Pusat Penyelidikan Getah Malaysia di sini hari ini yang turut dihadiri Najib.  

Noh mengulas tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, mendakwa rakyat
Selangor sudah mula muak dengan cara pakatan pembangkang menguruskan hal ehwal rakyat di Selangor termasuk gemar 'menanam tebu di tepi bibir'.

Katanya ini terbukti apabila pembangkang menabur pelbagai janji pada pilihan raya lepas namun tidak mengotakannya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment