Memperingati 16 September - Hari Malaysia & Hari Pembohongan Anwar



Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengajak rakyat Malaysia untuk memperingati hari Bersejarah 16 september sebagai lambing perpaduan rakyat 1Malaysia, dan dalam masa sama, mengajak rakyat memperingatai tarikh ini sebagai tarikh ‘Hari Pembohongan Anwar Ibrahim’.

Ujarnya, tema Hari Malaysia tahun ini ialah `Janji Ditepati, ‘Rakyat Sejahtera’, sebagaimana Hari Merdeka 55 tahun, satu tema yang amat tepat kerana selama 55 tahun ini Malaysia merdeka, dan sempena 49 tahun Hari Malaysia ini, membuktikan bahawa janji-janji Barisan Nasional (BN) yang telah ditepati telah dapat membangunkan negara dengan jayanya.

“apa yang kita lakukan ini adalah untuk rakyat, ‘Janji Ditepati Rakyat Sejahtera’ yang akan dilangsungkan di Bintulu 16 September nanti, merupakan satu tema yang amat sesuai, dan pembangkang sekali lagi tidak bersetuju, kalau ’55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati’ mereka tak bersetuju, saya yakin Hari Malaysia ‘Janji Ditepati, Rakyat Sejahtera’ pasti mereka tidak setuju.

Kenapa mereka tak bersetuju? Mereka sebenarnya tidak bersetuju kerana mereka adalah kumpulan yang tidak menepati janji dan pada saya, 16 September ini juga menunjukkan satu perkara yang sangat sesuai kita ingati, iaitu pembohongan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Tambahnya, kita harus bukan sahaja Hari Malaysia tetapi Hari Pembohongan Besar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Pada dia, kononnya 16 September 2008, ada 30 orang Ahli Parlimen BN akan menyebelahi mereka dan seterusnya menjadikannya Perdana Menteri.

“Mengikut kata enam (6) orang ahli Parlimen dari Pakatan Pembangkang yang keluar parti, mengatakan Anwar juga memberitahu mereka bahawa Anwar telah menemui yang Di-Pertuan Agong, berjumpa dengan Panglima Turus Angkatan Tentera, dan Anwar juga telah membuat beberapa siri Sidang Media sebelum 16 September itu.

Jadi tarikh 16 September ini, kita harus mengingati dua perkara iaitu lahirnya Malaysia dan yang kedua, tentunya pembohongan Ketua Pembangkang,” ujarnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

Post a Comment