Akhirnya agenda jahat kumpulan Anwarinas telah gagal
setidak-tidaknya untuk sementara waktu apabila Majlis Syura PAS mengambil
langkah menyongsang arus dengan tidak membincangkan isu Ahli Parlimen Bachok,
Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Dengan berbuat demikian, beliau yang juga adalah bekas Timbalan
Presiden PAS terselamat dari menjadi korban seterusnya selepas Januari lalu
Hasan Ali yang juga adalah bekas Naib Presiden PAS mencatat sejarah sebagai
korban pertama kumpulan Anwarinas.
Majlis Syura yang bermesyurat pada malam 9 September itu dan
dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din dipercayai mengambil
langkah sedemikian untuk mengelakkan kesan buruk yang lebih besar terhadap
pengaruh PAS sementelah lagi musim PRU 13 semakin dekat.
Tambahan pula sebahagian besar ahli jawatankuasa Majlis Syura itu
tetap kukuh berdiri dibelakang Ustaz Nasharudin sekalipun Mursyidul Am PAS
Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini telah turut sama bersekongkol dengan
kumpulan Anwarinas mendesak bekas Timbalan Presiden PAS itu keluar dari parti.
Perkembangan ini nyata amat memalukan kumpulan Anwarinas selain
menimbulkan persoalan besar sejauh mana lagi Nik Aziz mampu bertahan tatkala
pengaruhnya semakin longgar dalam menentukan dasar dan arah tuju PAS.
Nik Aziz yang dilihat sugul telah meninggalkan mesyuarat seawal 30
minit selepas ianya bermula selain kerana keletihan ia juga dipercayai ada
kaitan dengan protesnya setelah mengetahui agenda utama berkaitan isu Ustaz
Nasharudin tidak dimasukkan dalam mesyuarat tersebut.
Kegagalan Majlis Syura membincangkan isu Nasharudin sekalipun isu
tersebut diambil serius oleh Nik Aziz pastinya memberi kesan terhadap kedudukan
PAS khususnya di Kelantan di mana pengaruh Nik Aziz dilihat masih kuat walau
hakikatnya sedikit sebanyak sudah tergugat.
Walaupun begitu, ini tidak bermakna selepas ini gerak geri Ustaz
Nasharudin sudah terjamin kerana mengikut kenyataan Presidennya Hadi Awang,
status Ahli parlimen Bachok itu sama ada dicalonkan atau tidak untuk PRU 13
nanti masih belum diketahui.
Sebelum ini ada sumber dalaman PAS menyebut sekiranya Ustaz
Nasharudin terselamat dari menjadi mangsa pemecatan, kemungkinan nasibnya
selepas itu tak ubah seperti di 'peti sejukkan' terus dari arena politik dan
kepimpinan PAS.
Bagaimanapun soal tersebut bukannya satu halangan bagi Ustaz
Nasharudin tambahan pula sejak dirinya diterajang dari jawatan Timbalan
Presiden PAS pertengahan tahun lalu akibat konspirasi kumpulan Anwarinas,
beliau sudah berpengalaman untuk berdepan dengan kekangan seterusnya kelak.
Kepada Ustaz Nasharudin kita ucapkan tahniah kerana berjaya
mengharungi cabaran ini dan berjaya memalukan kumpulan Anwarinas sekaligus
merencatkan sementara penguasaan Anwarinas dalam kepimpinan PAS..
Isu Nasharudin juga membuktikan pengaruh Nik Aziz tidaklah sehebat
mana dan mampu untuk dineutralkan jika kena gayanya.
Bila di kalangan pemimpin PAS yang berpendidikan agama pun sudah
mula berani mengabaikan 'arahan' Nik Aziz, tiada sebab lagi untuk pengundi PAS
khususnya di Kelantan untuk takut memulakan perubahan dengan mengorak langkah
menolak kepimpinan PAS dan Nik Aziz di negeri itu dalam PRU 13 kelak.
10:55 PM
3sUjz ghd flat iron
pKzm michael kors handbags outlet
sBtq ghd nz
7rSch ugg store
2yQyn ghd hair straighteners
7:10 PM
7tCog ghd hair straighteners
zRuv ugg store
iRhh michael kors handbags
3wBog GHD Hair Straightener
7hMdg burberry usa
6sAjz bottes ugg pas cher
2aKgx ghd
9qAyz cheap louis vuitton
8rMhx michael kors outlet
4hOau ghd cheap
4lQuy ugg uk
8sAbp wholesale nfl jerseys
5eSis michael kors purses
7uQzr GHD Pas Cher
6eWmg cheap uggs
3:05 PM
hLmv ghd
tCno ugg boots
lKbt michael kors outlet
8aQgh cheap uggs
7kJoi chi straighteners
3sFwn michael kors outlet
4aIkt nfl football jerseys
1rDbb ghd nz sale
6pEad cheap north face jackets
2nEvo ugg
3yRme ghd straighteners
8zNjl michael kors sale
2yPol nfl shop canada
7wLzx planchas ghd baratas
2ySxd cheap ugg boots