Noh Omar BOHONG ... Unisel TIDAK PERNAH RUGI


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu berkata Laporan Audit Unisel bagi 2009-2010 papar selepas cukai kira-kira RM54.8 juta.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menafikan Universiti Selangor (Unisel) mengalami kerugian sejak Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran kerajaan negeri di Selangor.

"Saya nak Menteri Besar menafikan laporan audit ini sekiranya ia tidak betul," katanya

Beliau mendedahkan laporan audit kewangan Unisel yang menunjukkan universiti itu mengalami kerugian selepas cukai kira-kira RM54.8 juta bagi tempoh tiga tahun sejak memerintah Selangor pada 2008.

Menurut beliau, berdasarkan salinan Laporan Audit Unisel bagi 2009-2010, universiti yang ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM 13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010.

Noh berkata, laporan audit 2009 dan 2010 itu ditandatangani sendiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ogos 2011.

Sumber : GWM
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment