PAKAR Bantu BN Selangor Dengar Rintihan & Aduan Rakyat



Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) Barisan Nasional yang mula diwujudkan sejak April 2012 telah melalui pelbagai transformasi dan ianya menjadi satu jenama yang sangat baik serta mampu mengubah persepsi rakyat Selangor terhadap keikhlasan Barisan Nasional Selangor untuk berkhidmat kepada rakyat.

Koordinator BN Selangor, Dato’ Sri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, PAKAR juga terbukti berkesan apabila pihak Barisan Nasional mampu berhubung terus dengan rakyat Selangor bagi mendengar rintihan dan aduan mereka terutamanya melibatkan kepincangan dan salah laku yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.

“Sehingga kini, PAKAR telah berhubung dengan 131, 621 rakyat Selangor yang majoritinya merupakan pengundi. Agen PAKAR juga akan berhubung dengan mereka bagi menyampaikan maklumat-maklumat terkini mengenai produk-produk Barisan Nasional.

PAKAR juga menerima maklum balas positif dan pujian dari rakyat Selangor. Kebanyakan yang menelefon mahupun bertemu dengan pihak PAKAR amat berpuas hati dengan khidmat yang disediakan,” ujarnya kepada pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat BN Selangor, hari ini di sini.

Tambahnya, jika sebelum ini ramai pengadu yang mengadu mengenai masalah semak, longkah dan sampah, atas usaha PAKAR menghantar surat dan aduan tersebut kepada pihak berkuasa, masalah itu dilihat berkurangan namun masih tetap ada.

Menjelang Hari Raya pada bulan Ogos yang lalu, PAKAR banyak menerima aduan mengenai masalah kebajikan. Agak menghairankan kerana Kerajaan Selangor yang sering melaung-laungan mengenai kebajikan rakyat dilihat masih lagi mengabaikan tanggungjawab tersebut.

“PAKAR menerima 46 aduan pada Ogos 2012 pertanyaan mengenai masalah kebajikan. Berdasarkan jumlah aduan yang diterima, PAKAR berjaya menyelesaikan sehingga 40 masalah. Baki aduan yang masih belum diselesaikan  sedang diproses.

Mengenai masalah yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti sampah, longkang dan semak samun, PAKAR menerima sejumlah 68 aduan sepanjang Ogos 2012. Semua permasalahan ini telah disalurkan kepada pihak bertanggungjawab. Barisan Nasional Selangor sendiri turut mengambil inisiatif untuk membuat susulan melalui ADUN dan Penyelaras di DUN yang terbabit.

PAKAR akan terus menjadi nadi kepada Barisan Nasional Selangor untuk memberikan khidmat secara langsung kepada Rakyat Selangor. Atas kayakinan ini, Barisan Nasional Selangor yakin dan bersedia untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan,” tambahnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment