Suara Pakatan Rakyat |
Jika kita semua dikejutkan dengan tindakan Muhammad Ammar Abd.
Rahman dan beberapa peserta Janji Demokrasi tajaan Pakatan Rakyat yang biadap,
tidak senonoh dan khianat, hari ini kita terkejut lagi dengan sebuah artikel di
laman web SuaraPR yang menyatakan rasa ‘terkejut’ dengan berita di akhbar,
sepertimana yang ditulisnya:
“LAMAN ini terkejut dengan tindakan ibu bapa pelajar, Muhammad
Ammar Abd Rahman yang dikaitkan dengan tindakan menghina pemimpin negara kerana
menunjukkan punggong kepada gambar Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah
Mansur, kerana sanggup menyerahkan anak sendiri kepada polis untuk dikenakan
tindakan!! Ibu bapa jenis apakah ini
yang sanggup lihat anak sendiri masuk lokap?”
Artikel tersebut juga membandingkan ibu bapa Ammar dengan binatang
kerana tidak sayangkan anak serta mempersoalkan kesalahan yang dibuat Ammar
yang baginya terlalu remeh dan keanak-anakan untuk diambil hati.
Lebih mengejutkan lagi ialah ia membandingkan dengan kekukuhan
semangat kekeluargaan keluarga Anwar Ibrahim yang tetap berada di belakangnya,
walaupun apa jua tuduhan yang dikenakan terhadap beliau.
Kemuncaknya, penulis tersebut menyarankan yang ibu bapa Ammar
wajar digantung!
Untuk seketika, penulis menjadi kelu dan bingung setelah membaca
artikel tersebut. Hilang kata-kata
dibuatnya. Apakah pemimpin PR merestui
tindakan Ammar kita tidak tahu, tetapi kita pasti, Anwar Ibrahim dan
keluarganya pasti merestui artikel yang ditulis oleh laman SuaraPR
tersebut.
Melihat dari gaya pemikiran yang dipaparkan melalui artikel
tersebut, maka akhirnya penulis dapat memahami bagaimana otak atau minda
penyokong-penyokong Pakatan Rakyat berfungsi, atau pun lebih tepat, tidak
berfungsi.
Ammar telah bertindak sedemikian tentunya kerana terlalu banyak
meluangkan masa melayari laman-laman web pro-PR dan bergaul dalam kumpulan
penyokong-penyokong PR. Bukan kita
tidak tahu bahawa laman-laman pro-PR begitu giat menanam kebencian dan
hasutan.
Apabila saban hari disuap dengan kebencian lalu mereka pun
merasakan perlu meluahkannya untuk kelegaan sendiri iaitu melalui segala macam
bahasa kesat dan teramat kesat terhadap subjek yang mereka benci, iaitu UMNO,
BN, Kerajaan, malah Malaysia, melalui laman-laman sosial pula. Ini dilanjutkan ke perbincangan dan perbualan
harian bersama rakan-rakan.
Lalu, mengutuk subjek yang mereka benci menjadi makanan rohani
mereka setiap hari.
Apabila otak dan hati telah dipenuhi dengan benci, caci, carut,
kutuk, hina, maki, hamun dan berbagai-bagai perkara yang buruk, maka akhirnya
minda tidak dapat lagi berfungsi dengan baik lalu tidak lagi dapat mengawal
atau mengerti akan tindakan yang dilakukan sendiri.
Ini menjelaskan kenapa Ammar memberi jawapan bahawa beliau tidak
tahu kenapa beliau berbuat begitu iaitu sanggup menunjuk punggung ke atas
gambar Perdana Menteri di khalayak ramai.
Memang Ammar sudah tidak tahu apa-apa dan begitu lah juga
keadaannya penyokong-penyokong PR yang lain.
Maka tidak hairanlah otak mereka tidak lagi dapat memproses
maklumat dan fakta mahupun merasai dan menghayati nikmat di depan mata. Akibatnya, mereka menjadi tidak bersyukur
kerana segala sesuatu kelihatan begitu buruk di mata mereka.
Apabila kita memilih untuk melihat hanya keburukan ke atas segala
sesuatu, maka lama kelamaan kita sendiri akan menjadi buruk. Iaitu buruk dari segi percakapan, pemikiran,
sikap dan juga penampilan.
Sampai ke tahap ini, seseorang itu akan dengan sukarela membiarkan
diri diheret oleh pemimpin PR untuk berdemonstrasi, merusuh dan melakukan
kemusnahan atau apa saja. Bagai dirasuk
iblis, mereka sudah hilang kesedaran atas apa yang mereka lakukan. Kerana itulah kita melihat peserta-peserta
demonstrasi anjuran PR tidak kira yang bertudung, berjubah, berjanggut atau
yang bersinglet dan berseluar pendek akan memekik-mekik, melolong dan
terkinja-kinja seolah-olah gembira dan marah yang bercampur-baur yang mana
mereka sendiri tidak dapat memahaminya.
Bagaimanapun, jika Ammar hanya menjadi separuh sedar ketika berada
bersama kumpulan ini, penulis artikel di
laman SuaraPR tersebut pula berada dalam separuh sedar secara berterusan.
Penulis berkata demikian kerana seorang yang benar-benar waras
tidak mungkin akan mengutuk tindakan mulia ibu bapa Ammar. Sedangkan ibu bapa Ammar telah membuktikan
bahawa mereka adalah ibu bapa yang baik, warganegara yang baik serta Muslim
yang baik. Mereka sanggup menelan rasa
malu bagi menegakkan prinsip bahawa yang salah, tetap salah, yang buruk tetap
buruk, walaupun anak sendiri yang melakukannya.
Tindakan pantas mereka memberi peluang kepada anak mereka untuk
kembali ke alam nyata dan memperbaiki diri.
Kerana tindakan mereka, maka minda Ammar kini terpaksa atau dipaksa
berfungsi kembali memikirkan kenapa beliau sanggup melakukan apa yang
dilakukannya di Himpunan Janji Demokrasi tersebut. Ternyata Ammar tidak tahu apa-apa.
Seterusnya, minda Ammar kini perlu dipaksa melihat realiti di
sekelilingnya secara sedar. Harapan kita
agar beliau kembali dapat membezakan yang baik dan yang buruk serta yang benar
dan yang palsu.
Harapan kita juga agar si penulis di laman SuaraPR tersebut dapat
melakukan yang sama. Kita percaya, ibu
bapa penulis tersebut juga pasti akan mengheretnya mendalami ilmu agama untuk
memperbaharui ketakwaannya atau menyerahkannya terus kepada pihak yang
berkenaan untuk dicuci mindanya, andai saja mereka mendapat tahu mengenai
artikel yang ditulisnya. Ini kerana
kita pasti, tidak ada ibu bapa yang mengajar dan menyokong anaknya berkelakuan
biadab terhadap orang lain.
Apapun, tindakan Ammar adalah cerminan jiwa dan minda
manusia-manusia yang menyokong dan memimpin PR.
Kesilapan Ammar wajar dijadikan pengajaran kepada seluruh anak muda di
Malaysia agar tidak terpengaruh dengan kegilaan yang dibawa oleh parti
tersebut. Mengundi parti yang gila,
pasti akan membawa bencana.
8:29 PM
yang sesat adalah pembangkang. ibu-bapa berkenaan tidak sesat. ibu-bapa ikut agama tetapi blogger berkenaan yang bercanggah dengan agama.
sebabnya jelas iaitu memalukan pembangkang kerana tidak mahu ikut arahan dari pembangkang yang merugikan agama, adalah perpuatan terpuji.
tetapi, kalau anak memalukan ibu-bapa, alamatnya, blogger hapak itupun tahu jawapannya.
makanya jelas bahawa blogger pembangkang sudah tidak nampak nilai agama dalam isu seumpama ini pada hal pembangkang juga tidak mahu pisahkan agama dengan politik.
8:46 PM
gerombolan musibat ini telah berjaya meresapi masyarakat hingga ada yang secara sedar dan tidak sedar mencampak jauh kesopanan dan kesusilaan.
9:32 PM
Bodoh punya PR, cuba dia kat Thailand, mampus budak tu kena kerjakan. Kalau Nuar jdi PM dia kena lak buat cam tu, rasanya caicai PR ne meroyan apa lak yek?
6:01 AM
6iLmx ghd hair
gKdp michael kors bags
fOtk ghd nz
8kCgv ugg boots sale
5cWgs cheapest ghd straighteners